, , , ,

Kisah Ustaz Ebit Lew Dakwah Di Kelab Malam Ini Buat Ramai Sebak. Ini Puncanya

Menangis jer. 1 pagi tadi rasa sebak sedih sayu jer hati bila pergi dakwah di club.

Salam.my – Menyayat hati! Kisah Ustaz Ebit Lew pergi dakwah di sebuah kelab malam ini buat ramai sebak bila mendapati ramai anak-anak muda Islam di sana. Ikut kisah penuh Ustaz Ebit Lew ini melalui Facebook page Ebit Lew

Ramai yang kenal Ustaz Ebit Lew melalui usaha dakwahnya menyantuni gelandangan, kanak-kanak terbiar, anak-anak muda dan pernah juga golongan mak nyah.

Siapa Ustaz Ebit Lew? Baca Biodata Ustaz Ebit Lew

Terbaru, Ustaz Ebit Lew pergi melakukan dakwah di sebuah kelab malam. Ini perkongsiannya dalam Facebook page Ebit Lew yang buat ramai bergenang air mata:

Menangis jer. 1 pagi tadi rasa sebak sedih sayu jer hati bila pergi dakwah di club. Penuh sangat anak muda Islam beratur dan keluar masuk club. Sesak anak muda dekat sini. Ramai anak remaja baik-baik jer bila beri nasihat. Senyuman dan wajah mereka macam anak di rumah. Ada yang ajak bergambar. Ada ramai juga cabut lari😭.

Image may contain: 1 person

Sebak bila berbual dengan beberapa remaja perempuan 20an. Ustaz,kami tak solat langsung. Kami kotor dengan dosa. Allah maafkan kami tak. Kami berzina, mabuk,ambil pil &dadah.Boleh solat tak. Adik baik Allah sayang. Dia beri adik iman. Syukurlah pada Allah dan mula jaga solat. Jangan pernah tinggal solat. Doalah Allah beri kekuatan tinggal maksiat yang lain-lain. Bahagia bila dekat diri pada Allah. Taat juta kali lebih nikmat dari maksiat. Taubat itu sangat bahagia. Seorang tu sebak dan menangis minta doakannya😭

Image may contain: one or more people

Sedih dalam 100 orang saya jumpa dan dakwah hampir semuanya dah lama tinggal solat. Ada beberapa orang solat satu atau dua waktu. Sedihnya. Paling sedih bila ada yang mak ayah dah meninggal. Ada yang ayah garang kuat belasah anak-anak, mak ayah jauh dekat kampung. Ada yang mak ayah dah meninggal dunia. Ada juga yang memang mak ayah mereka tak kisah. Ramai yang sebenarnya baik kurang kasih sayang. Sanggup habis sekurangnya rm200 seorang. Arak macam air mineral minum

4 pagi tadi tengok anak muda mula keluar club mabuk menjerit-jerit. 😭Semua muda lagi. Laki perempuan ada yang bercium-cium. Seram tengok. Sayu tengok suasana anak muda Islam begitu. Pakaian sexy sangat. Macam dekat amerika. Semua muda-muda lagi pangkat adik-adik. Saya teringat anak-anak dekat rumah jer. Dah tua saya, begini nasib anak muda Islam. Apalah nak jawab pada Nabi saw dan sahabt rhum esok. Maafkanlah diriku ya Allah.

Dari semalam saya belum dapat tidur menangis ingat mereka. Saya sangat sayang dan kasihan pada mereka. Menangis jer balik dakwah anak muda semalam. Mereka baik-baik. Suka dengar nasihat. Rindu nak tanya soalan-soalan agama. Maafkan saya yer adik-adik semu yer.Ya Allah bantulah dan berkatilah hidup anak-anak ini semua. Selamatkanlah mereka dari dunia ini arak, maksiat,dadah, tak solat.

Pohon doakan yer😭. Menangis doakan anak muda kita semua

www.keluargasunnah.com #jomDaftar
#jom subscribe youtube ebit lew

sumber: Facebook Ebit Lew

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *