, ,

Biodata Ustaz Ebit Lew

Sungguh, siapa sangka beliau yang asalnya berketurunan Cina ini dijentik dengan hidayah Allah SWT ketika berusia 12 tahun.

Biodata Ustaz Ebit Lew | Dengan tagline ‘keluarga sunnah’, dan sentiasa menyeru umat Islam untuk mengikut cara hidup Baginda Nabi SAW, sudah cukup membuatkan Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew atau nama komersialnya ‘Ustaz Ebit Lew‘ disegani dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Beliau pernah berkongsi cerita dengan para pendengar mengenai kehidupan yang dilaluinya sehingga berada pada tahap kini di ruang radio Ikim.fm dalam Slot Islam Agamaku. Sungguh, siapa sangka beliau yang asalnya berketurunan Cina ini dijentik dengan hidayah Allah SWT ketika berusia 12 tahun.

BACA: 10 Impak Besar #BMF Kepada Malaysia
BACA: Tahukah Anda Ada Keturunan Yahudi Di Malaysia?
BACA: Bermula Dengan Minat, Kini Lelaki Ini Kongsi Cara Jana Pulangan Tinggi Dengan Simpanan Emas

Pada masa kecilnya, beliau merupakan seorang murid yang nakal namun terbuka hati untuk mulai belajar mengenal Islam melalui salah seorang gurunya. Dan bermula saat itulah, beliau tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak ahli keluarganya yang lain untuk mendekati agama suci Islam.

Biodata Ustaz Ebit Lew

Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau

Tarikh Lahir : 21 Disember 1984

Umur: 33 Tahun (2017)

Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur

Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik

Bangsa : Cina

Agama: Islam

Status : Berkahwin

Pendidikan :

  • SK Bukit Ridan (1991-1996)
  • SMK Muadzam Shah (1997-1999)
  • SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)
  • SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)

Karier: Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy, Perunding Latihan, Penceramah Motivasi dan Penceramah Bebas

Pencapaian :

  • Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.
  • Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Tahir selama 4 tahun.
  • Memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan, India, dan Singapura.
  • Penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM.fm dan Sinar.fm.
  • Panel jemputan di pelbagai media massa seperti TV Al-Hijrah.
  • Telah mengendalikan lebih 1,000 kursus di agensi-agensi kerajaan dan swasta meliputi modul dalam bidang pembangunan manusia, kerja sebagai ibadah, kepemimpinan model Rasulullah SAW, menghidupkan sunnah dalam keluarga, amalan masjid Nabi SAW, bina insan, pembangunan kepimpinan, komunikasi berkesan, pasukan kerja, pengurusan stress, teknik belajar berkesan dan hubungan kemanusiaan.

Antara tips murah rezeki yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew dalam hidup seharian;

“Dua kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita.
Sayang dan jaga isteri dengan baik, jaga solat.
Sebelum mulakan kerja, solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah duhulu..”

“Tidak pernah kecewa sebuah keluarga yang membawa sunnah Nabi SAW. Tiada yang boleh memberi bahagia selain dari Allah SWT”

Artikel Ustaz Ebit Lew (UEL) berkaitan:
“Kalau Ini Hari Terakhir Saya” – Abam Bocey
Biodata Ustaz Ebit Lew
Kata-Kata Hikmah Ustaz Ebit Lew
Apa Yang Ustaz Ebit Lew Lakukan Pada Anak-Anak Terbiar Ini Buat Ramai SEBAK
Apa Yang Ustaz Ebit Lew Katakan Pada Geng PUNK Ini Sehingga Mereka Terharu Dan Memeluk Ustaz?
Hangat Mengenai Isu LGBT, Ustaz Ebit Lew Nekad Jumpa Terus Mak Nyah. Ada Video. Endingnya Buat Ramai Terharu
Kisah Ustaz Ebit Lew Dakwah Di Kelab Malam Ini Buat Ramai Sebak. Ini Puncanya
(Video) Gadis Cina Memeluk Islam Dipimpin Ustaz Ebit Lew Ini Buat Ramai Sebak
Video Ustaz Ebit Lew Naik Basikal Lajak Dekati Remaja Ini Buat Netizen Kagum
Ramai Kritik Ustaz Ebit Lew. Ini Jawapan Ustaz Ebit Lew Buat Mereka Insaf

Maklumat lanjut mengenai aktiviti Ustaz Ebit Lew boleh didapati melalui website:

#KeluargaSunnah

sumber: azhan.co

8 Comments

Leave a Reply

3 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

  3. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *