, , ,

Apa Yang Ustaz Ebit Lew Katakan Pada Geng PUNK Ini Sehingga Mereka Terharu Dan Memeluk Ustaz?

Ustaz Ebit Lew terkenal dengan cara dakwahnya yang rare, beliau sanggup turun berjumpa dengan

Apa Yang Ustaz Ebit Lew Katakan Pada Geng PUNK Ini Sehingga Mereka Terharu Dan Memeluk Ustaz? | Salam.my – Ustaz Ebit Lew terkenal dengan cara dakwahnya yang rare, beliau sanggup turun berjumpa dengan anak-anak terbiar yang melepak, juga kumpulan seperti geng punk ini, beliau mendekati muslim yang telah jauh tersimpang dari ajaran agama dan mengajak mereka ke arah kebaikan.

Sebelum ini Salam.my kongsikan kisah bagaimana Ustaz Ebit Lew terjumpa dengan sekumpulan anak-anak terbiar yang sedang melepak pada jam 12 malam, kemudian Ustaz Ebit Lew belanja mereka makan, ajak solat dan bawa mereka tidur di hotel.

Cara Ustaz Ebit Lew berdakwah ini, bukan semua boleh buat. Jumpa mereka, kemudian bergaul mesra dengan mereka, memberi nasihat yang baik dan dalam masa yang sama belanja dan berikan mereka kemudahan seperti tidur di hotel. Ini bagi memberi kesan mendalam kepada mereka dan senang buat mereka insaf dan kembali ke jalan agama yang lurus.

Baru-baru ini menerusi FB Ustaz Ebit Lew, beliau telah berjumpa dengan sekumpulan geng Punk di tengah ibukota pada waktu malam. Apa yang mengejutkan, selepas sesi nasihat tersebut reaksi kumpulan punk itu buat ramai netizen terkejut, mereka telah memeluk Ustaz Ebit Lew dan rasa keikhlasan mereka ni bila peluk ustaz.

Antara komen-komen netizen:

Mohd Adwim: Boleh rasa keikhlasan mereka ni bila peluk ustaz. Kengkadang luaran nampak brutal, tapi dalam hati mereka mungkin lebih lembut dari kita.

Fatin Munirah II: bgus ustaz….n bgus jgak kat bdak2 tu sudi dgr……tu mknenye ade iman dlm hati.sbb msih sudi dgr bnde baik.☺

Umi Humaira: Alhamdulillah… syukur ya Allah, Engkau kurniakan insan yg punya kekuatan luar biasa ini dikalangan kami. Beri kn kami kekuatan sepertinya juga ya Allah, supaya kami mampu bawa saudara2 kami utk sentiasa dekat dan taat padaMu…

Siti Noor Aini: Allahu,nampak betapa ustaz nak tolong mereka,tak banyak orang yang macam ustaz,cara dakwah itu pelbagai,dan ustaz memilih cara ini ,cara yang sangat-sangat memerlukan kekuatan,terutama kekuatan dalaman,moga Allah permudahkan dan tambahkan lagi semangat kekuatan agar ustaz terus mengajak serta mendekati mereka.

Sangat tersentuh bila ustaz peluk mereka,umpama ustaz ingin mereka dekat,terutama dekat dengan Arrahim.

😢

Jom tonton apa yang Ustaz Ebit Lew nasihatkan kepada mereka:

Sambil-sambil tu kita boleh belajar cara mendekati golongan seperti ini. Kongsikan jika bermanfaat

Maklumat lanjut berkaitan program ini boleh layari http://transformjiwa.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *