, , ,

Ah Long Dan Kaki Botol Ini Akhirnya Pilih Islam, Ini Sebabnya

Dengar pengalaman bekas ah long dan kaki botol, Firdaus Yeap, dari Pulau Pinang yang kini beragama Islam.

Salam.my – Dengar pengalaman bekas ah long dan kaki botol, Firdaus Yeap, dari Pulau Pinang yang kini beragama Islam.

Perkongsian video penghijrahan Islam Firdaus Yeap di Facebook page Bro Kamarudin Abdullah ini mendapat ribuan likes dan kongsian.

Video berdurasi lebih 13 minit ini dikongsi oleh Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI).

Beliau pernah mengkaji tentang Tuhan. Katanya ‘terlalu banyak tuhan’ di dunia ini. Dia keliru.

Pelbagai soalan dan kekeliruan akhirnya menyebabkan beliau meninggalkan agama Buddha.

Sehinggalah beliau berjumpa dengan seorang muslim mengatakan, masuk Islam tak perlu tukar nama.

Akhirnya beliau mengkaji tentang Islam, keperluan mengikut perintah Allah dan rasul.

Tonton video:

Dari Ah long, kaki Pub… Brutal…. Kepada Nur Hidayah Islam…Kenapa Islam pilihannya?.. Sama2 kita menonton klip hijrah Saudara Kita ini.. Disclaimer:Tiada sebarang Niat dan tujuan untuk menghina mana2 agama…

Posted by Kamarudin Abdullah on Ahad, 30 Ogos 2020

Semoga perkongsian kisah hijah ini bermanfaat buat mereka yang masih belum Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *