Salam.my – Akhlak mulia anak yang berubah menjadi seorang muslim setelah menjadi muallaf memeluk Islam sekitar tahun 2013, menjadi asbab dan punca ibu bapanya juga memeluk agama Islam baru-baru ini. Kisah ini telah viral di laman sosial dan membuatkan ramai netizen berasa kagum dan terharu dengan sikap anaknya.
Sebagai seorang muslim, memang tidak dapat dinafikan perasaan gembira apabila menerima saudara baru yang memeluk agama Islam, apatah lagi di kalangan ahli keluarga sendiri.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, sesiapa yang memeluk agama Islam, dosanya yang lalu akan diampunkan ibarat bayi yang baru lahir.
Hidayah untuk memeluk agama Islam itu datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang hadir secara lancar dan tenang malah ada juga yang hadir dengan pelbagai cabaran yang berliku-liku.
Namun begitu, disebabkan keyakinan yang tinggi kepada Yang Maha Esa dan juga pada diri sendiri, sebarang halangan pasti dapat diatasi.
Pada Jumaat lepas, sepasang suami isteri berbangsa Cina telah melafazkan dua kalimah syahadah selepas selesainya solat Jumaat.
Jelas pasangan ini, keputusan tersebut dibuat selepas terpesona dengan tingkah laku dan akhlak kedua-dua orang anaknya yang terlebuh dahulu telah masuk Islam sejak lapan tahun lalu.
Anak perempuan pasangan itu, Mitchelle Nur Alya telah memeluk Islam pada tahun 2011 dan diikuti adik lelakinya, Vincent Choo sekitar tahun 2013.
Melihat perubahan yang baik pada anak-anak, akhirnya Michael Choo Hock Eng dan isterinya, Verginia Pacolba Gaco Choo terbuka hati untuk mengikut jejak langkah kedua-dua anak mereka.
Satu temubual antara pasangan suami isteri itu dengan TV Alhijrah telah menarik ramai pihak untuk mendengar kisah penghijraan mereka berdua.
Menerusi temubual tersebut, mereka menjelaskan bahawa kedua-dua anak mereka telah memberikan satu inspirasi dan contoh yang baik tentang ajaran Islam.
Berita dam kisah penghijaran keluarga ini turut mengembirakan ramai netizen. Alhamdulillah ramai yang mengucapkan syukur terhadap mereka sekeluarga kerana berjaya memeluk Islam.
Pastinya ini merupakan satu kegembiraan tak terhingga buat Mitchelle Nur Alya dan Vincent Choo. Tahniah kepada mereka kerana telah berjaya membawa ibu bapanya bersama-sama memeluk Islam.
sumber: MStar, Facebook