, , , , ,

VIDEO: Terima “Hadiah” Sempena Pilihanraya Adalah Rasuah?

Jika ada pemberian dari wakil parti kepada masyarakat yang kelihatan seperti usaha membeli undi, adakah orang yang menerimanya boleh dikira sebagai menerima rasuah?

Terima “Hadiah” Sempena Pilihanraya Adalah Rasuah? | Salam.my – Pilihanraya dah dekat. Akan berlaku kempen turun padang oleh wakil parti yang bertanding. Jika ada pemberian dari wakil parti kepada masyarakat yang kelihatan seperti usaha membeli undi, adakah orang yang menerimanya boleh dikira sebagai menerima rasuah?

Apakah pandangan muamalat Islam dalam hal ini, adakah ia berkat jika penerima redha?

Penjelasan Oleh Ustaz Zaharuddin

Jadi membeli undi, yang pertama sekali, Pemberian itu kalau diberi (oleh wakil parti) menggunakan duit kerajaan maka hukumnya adalah salah guna duitlah sebab undi adalah undi untuk parti. Maka kalau dikeluarkan menggunakan duit parti, boleh dibincangkan. Tapi kalau dikeluarkan menggunakan duit rakyat (kerajaan) maka itu dikira pecah amanah.

Menggunakan duit rakyat untuk kepentingan parti atau individu tertentu, ianya tidak dibenarkan.

Kalau pemberian itu diberi menggunakan duit parti tersebut, dibayar kepada masyarakat untuk mengundinya, adakah ianya dikira rasuah? Rasuah ni apa? Rasuah dalam Islam bermaksud “Membenarkan yang bathil atau membathilkan yang benar dengan bayaran. Jadi ada tak ciri-ciri dalam pemberian untuk undi? Pemberian duit waktu mengundi tadi…Kalau ada persamaan, maka ianya dikira rasuah, kalau tak ada ianya bukan rasuah.

Jadi tuan-tuan perlu buat pertimbangan sendiri. Kalau pemberian tu adalah dari duit parti atau persendirian.

Kalau ianya bukan rasuah, adakah pengundi boleh terima? Bagi saya, Wallahua’lam kalau diberi atas nama hadiah yang tidak disyaratkan apa-apa, boleh terima dan tak perlu terikat dengan apa-apa syarat, sebab hadiah boleh diterima tanpa syarat. Tapi kalau hadiah itu dengan syarat untuk mengundi parti tertentu, syarat tersebut bermaksud pemberian tadi bukan lagi hadiah tetapi ianya adalah proses membeli penyaksian. Sebab mengundi ini adalah satu kesaksian. Sebagaimana yang disebut dalam kitab “Min Fiqh Daulah Fil Islam” bahawa persaksian untuk melantik seseorang layak jadi pemimpin lalu kalau penyaksian itu dibeli dan kita tidak lagi memandang kepada kebenaran kesaksian maka ianya menjadi satu penipuan, bermakna kita dibeli untuk menipu. Jadi sebab itu kena berhati-hati.

Contohnya saya nak jadi wakil rakyat, saya bayar, dalam keadaan saya tak layak, sebab teruk, rasuah, jahat, menipu dan sebagainya. Saya bagi duit, bayar RM10,000 supaya orang undi saya. Maknanya saya minta “Saya bayar awak 10 ribu untuk awak undi saya sebagai orang yang layak dan amanah untuk jadi pemimpin.

Sedangkan saya tak layak, saya bohong banyak, tapi saya bayar. Orang yang terima duit setuju dan seronok untuk undi saya. Maknanya saya telah membayar dia untuk menipu, dan dia terima. Maka ianya jadi wang haram bukan rasuah, tapi kerana bersubahat dalam menipu.

Membayar untuk menipu, sama macam “Saya bar seseorang untuk menipu orang lain dengan bayaran”. Samalah situasinya. Jadi itu adalah risiko tentang mengambil bayaran dengan bersyarat.

Maka sebab itulah saya anggap bila syarat itu menyalahi, macam Nabi S.A.W kata “Orang Islam adalah dipegang pada syaratnya kalau dia bersetuju. Syarat-syarat yang dipersetujui itu tidak menghalalkan yang haram dan tidak mengharamkan yang halal. Maka jika ada syarat yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal maka syarat itu jadi batal (tidak wajib ditunaikan).

Jadi kalau tuan-tuan sebagai pengundi ambil pemberian daripada mana-mana parti dan yakin bahawa yang memberi itu tak ada kelayakan memimpin, tuan-tuan boleh anggap syarat untuk mengundi telah terbatal. Hadiah tetap sah, syarat untuk mengundi batal (tak perlu ditunaikan). Jadi tuan-tuan boleh ambil hadiah tapi tak perlu mengundinya.

Macam mana dia tahu atau tidak tuan-tuan undi dia? Haa yang tu tuan-tuan kena pandai-pandai lah. tak perlu takut.

KONGSIKAN VIDEO INI:

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *