, , , ,

Bukan Setakat Kepakaran, Adakah Ini Kemungkinan Motif Sebenar Dr. Fadi Dibunuh?

Pada hari beliau dibunuh, beliau SEPATUTNYA bertolak ke Turki untuk menghadiri satu persidangan tenaga antarabangsa.

Bukan Setakat Kepakaran, Adakah Ini Kemungkinan Motif Sebenar Dr. Fadi Dibunuh? | Salam.myPembunuhan Dr Fadi masih menjadi tanda tanya. Kami kongsikan penulisan menarik oleh Ar. Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf (Board of Trustee, MyCARE / Aqsa Syarif). Adakah ini motif sebenar Dr. Fadi dibunuh? KONGSIKAN.

TANDATANYA PEMBUNUHAN DR. FADI ALBATSH

Pembunuh tidak berjaya untuk menghalang Dr. Fadi ke surau Medan Idaman yang sering beliau kunjungi sekian tahun.

Semalam, beliau kembali ke surau tersebut tetapi kali ini dengan diiringi ribuan rakyat yang prihatin menyempurnakan solat jenazah beliau.

Malam tadi juga jenazah as-syahid Dr. Fadi alBatsh diterbangkan kembali ke Gaza diiringi isteri dan 3 anaknya yang masih kecil.

Moga jenazah beliau selamat sampai ke kampung halaman setelah 7 tahun meninggalkan ibu-bapanya.

Kini yang tinggal bersama kita pelbagai persoalan dan andaian terutamanya tentang SIAPAKAH PEMBUNUHNYA DAN MOTIF BELIAU DIBUNUH.

Siapa pembunuh dan motif pembunuhan sangat berkait-rapat.

One will lead to the other.

Tentunya mencari siapa pembunuh secara pasti adalah tanggungjawab pihak berkuasa. Sehingga hari ini pihak PDRM telah mengeluarkan ‘photo-fit’ suspek.

Dalam keadaan Dr. Fadi yang tidak mempunyai sebarang masalah atau musuh peribadi dan status beliau berbangsa Palestin, maka banyak jari menuding kepada Israel melalui perisikannya Mossad.

Kalau benar dilakukan oleh Israel, tentu buktinya tidak mudah dicari kerana ini adalah kepakaran Israel. Sememangnya ‘targeted killing’ adalah polisi negara penjenayah Israel. Seperti biasa Israel tidak akan mengaku.

Namun persoalan yang lebih besar disini KENAPA DR. FADI YANG DIPILIH? Apakah ancaman Dr. Fadi kepada Israel yang begitu besar yang melayakkan beliau dibunuh?

Tanpa perlu mengemukakan sebarang bukti, media-media Israel seperti The Times of Israel dan Jerusalem Post MEMAINKAN PERSEPSI bahawa Dr Fadi adalah seorang pakar roket dan pakar drone.

Tajuk seperti ‘Hamas drone expert’ dan ‘rocket engineer’ merujuk kepada Dr. Fadi diguna-pakai TANPA PERLU DIBUKTIKAN.

Israel perlu membina persepsi rakyatnya bahawa pembunuhan ini adalah tindakan yang betul (justifiable). Kerana itu Dr. Fadi digambarkan sebagai pemimpin PENGGANAS YANG MESTI DIHAPUSKAN.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ditanya adakah benar Dr. Fadi seorang pakar roket dalam sidang akhbar PDRM Ahad 22 April, beliau berkata itu hanyalah dakwaan di media sosial.

Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi MyCARE dalam satu sidang akhbar lain pada hari yang sama menegaskan bahawa tuduhan ini adalah TIDAK BENAR DAN TIADA ASAS.

Bahkan beliau sorang yang penyayang, mempunyai hubungan baik dengan semua orang, imam di masjid tempat beliau tinggal dan juga seorang guru al-Quran yang hafiz.

Dr. Fadi rapat dengan NGO MyCARE setelah 4 tahun berturut-turut menjadi Imam Palestin Ramadhan tajaan MyCARE.

MyCARE melalui agensinya Aqsa Syarif juga memang dikenali memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Jika begitu, apakah kemungkinan motif lain Dr. Fadi dibunuh?

Apakah kepakaran beliau sebenarnya?

Jika dibunuh hanya kerana beliau aktif dengan NGO Palestin, ramai lagi rakyat Palestin bahkan rakyat tempatan juga terlibat.

Dr. Fadi alBatsh adalah seorang PENSYARAH KEJURUTERAAN ELEKTRIKAL di UniKL. Beliau mendapat PhD dalam bidang yang sama dari Universiti Malaya pada tahun 2015. Beliau juga adalah bekas PEMEGANG BIASISWA Yayasan Khazanah yang biasanya hanya memilih pelajar yang TERBAIK DAN TERPILIH SAHAJA.

Pengkhususan beliau adalah dalam bidang PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK. Beliau telah menulis lebih 30 PENERBITAN ANTARABANGSA dalam bidang kejuruteraan eletrik dan tenaga.

Pada 2016 beliau mendapat ANUGERAH “High Achievers Award’ oleh Yayasan Khazanah atas pencapaian akademik beliau.

Pada hari beliau dibunuh, beliau SEPATUTNYA bertolak ke Turki untuk menghadiri satu persidangan tenaga antarabangsa.

Adalah diketahui umum krisis bekalan tenaga eletrik di Gaza adalah semakin KRITIKAL. Penduduk Gaza hanya mendapat bekalan eletrik hanya BEBERAPA JAM SEHARI akibat sekatan langsung Israel dan kadang-kala tiada langsung apabila Israel hendak menghukum mereka atas sebab-sebab tertentu.

Bekalan eletrik dan minyak datang dari Israel. Tanpa eletrik, masyarakat hari ini akan lumpuh.

Ini adalah permasalahan besar yang sedang dihadapi penduduk Palestin yang sengaja dibuat oleh Israel.

Kepakaran Dr. Fadi boleh membantu mengatasinya oleh itu menjadi ANCAMAN YANG BOLEH MENYEKAT AGENDA JAHAT Israel kepada penduduk Gaza.

Dalam satu temuramah dengan makalah Yayasan Khazanah YKLink pada Jun 2017, Dr. Fadi berkata:

“I have chosen to study this subject because my home town Gaza – Palestine is suffering from critical crises in electricity sector due to Zionist occupation and I feel that my responsibility is to find the creative solution for the electricity sector in Gaza.”

Pada Jun 2017, Israel merampas ‘solar panel’ bernilai Euro 307,000 ( RM 1.5 juta ) yang disumbangkan oleh kerajaan Netherland dan dipasang diperkampungan Jubbet al-Dhib, Tebing Barat.

Namun bagi Israel, mengatasi masalah asas rakyat Palestin adalah ancaman kepada Israel dan tidak boleh dibenarkan berlaku.

LIHATLAH BEGITU JAHATNYA ISRAEL.

Israel mahu rakyat Palestin berada dibawah cengakaman mereka selamanya. Israel juga mahu dengan krisis bekalan tenaga ini, akan menyebabkan rakyat Gaza menentang kerajaan Hamas. Sebarang usaha kearah membantu Palestin dan menyekat kejahatan Israel akan dilihat sebagai ancaman dan akan di sabotaj.

Kepakaran Dr. Fadi dalam sektor penjanaan tenaga terutama tenaga alternatif solar memungkinkan beliau menjadi sasaran Israel.

INI BUKANLAH KALI PERTAMA Israel membunuh ‘non-military’ target yang dianggap menjadi ancaman, antaranya:

– Ghassan Kanafani, seorang penulis Palestin dibunuh dengan bom kereta pada 1972.

– Abdul Wael Zwaiter, seorang penyajak Palestin dan penterjemah pelbagai bahasa yang juga sepupu kepada Yasser Arafat mati ditembak 12 das oleh ejen Mossad pada 1972.

– 1973, Kamal Nasser, penyajak Palestin beragama Kristian dan seorang aktivis keamanan ditembak mati di apartment beliau di Beirut.

– 1980, Yahya al Mashad, saintis nuklear Mesir di Universiti Alexandria.

– Ogos 2003, Israel mengarahkan pembunuhan keseluruhan pimpinan politik Hamas.

– 2004, Sheikh Ahmad Yassin seorang ulama’ yang lumpuh berusia 68 tahun dibunuh dengan tembakan roket helikopter.

(Seperti Dr Fadi, beliau juga dibunuh dalam perjalanan untuk solat subuh di masjid.)

Sebulan kemudian Dr. Abdul Aziz Rantisi seorang doktor perubatan yang juga pemimpin Hamas.

Yasser Ahmad Abu Laimun pensyarah pengurusan hospital di Arab-American University di Jenin.

– 2010, pakar fizik Iran Masoud Alimohammadi dibunuh dengan bom kereta.

– 2011, jurutera eletrik Iran Darioush Rezainejad ditembak mati oleh oleh penunggang motosikal.

dan banyak lagi.

Siapakah sebenarnya pengganas jika sebuah negara mempunyai polisi membunuh orang awam yang mereka tuduh boleh mengancam agenda jahat Israel?

Ar. Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf
Board of Trustee, MyCARE / Aqsa Syarif
26.4.2018

#ImamDrFadi #syahidsubuh #mycare

sumber: Facebook Aqsa Syarif

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *