, , , , ,

Mufti Perlis Mahu Hukuman Mati Ke Atas Pemandu Mabuk Yang Menyebabkan Kematian. Ramai Setuju.

Dr. MAZA berkata, kerajaan perlu mengenakan hukuman berat kepada pemandu mabuk.

Salam.my – Mufti Perlis, Dr MAZA menulis dalam Facebook page beliau;

Satu hukuman yang teramat berat hendaklah diberikan kepada sesiapa yang menyebabkan kecederaan apatahlagi kematian anggota PDRM atau selainnya yang sedang bertugas untuk kepentingan awam di jalanraya. Arak ternyata telah memusnah banyak nyawa dan harta. Pemandu mabuk yang menyebabkan kematian anggota keselamatan patut dipertimbangkan untuk hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebat. Tiada alasan untuk meringankan hukuman. Jika dibiarkan, nyawa insan-insan yang sedang berbakti kepada negara dengan mudah diragut oleh ‘kaki mabuk’.

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr. MAZA berkata, kerajaan perlu mengenakan hukuman berat kepada pemandu mabuk.

“Satu hukuman yang teramat berat hendaklah diberikan kepada sesiapa yang menyebabkan kecederaan apatah lagi kematian anggota PDRM atau selainnya yang sedang bertugas untuk kepentingan awam di jalanraya.” jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau turut mencadangkan hukuman mati dikenakan terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian.

“Arak ternyata telah memusnah banyak nyawa dan harta. Pemandu mabuk yang menyebabkan kematian anggota keselamatan patut dipertimbangkan untuk hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebat.”
“Tiada alasan untuk meringankan hukuman. Jika dibiarkan, nyawa insan-insan yang sedang berbakti kepada negara dengan mudah diragut oleh ‘kaki mabuk’.”
Semalam, seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya di lebuhraya LEKAS maut setelah dilanggar oleh sebuah kereta disyaki dipandu oleh pemandu di bawah pengaruh alkohol.

Dalam kejadian jam 3 pagi tadi, mangsa, Koperal Safwan Muhammad Ismail yang juga anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang maut di tempat kejadian.

Insiden pemandu mabuk menyebabkan kemalangan pada musim PKP ini meningkat kepada 5 kes, dan ini merupakan kes pertama yang meragut nyawa anggota barisan hadapan.

Ketua Polis Negara dalam satu kenyataan hari ini mahu hukuman maksimum dikenakan terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian anggota beliau.

“Tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemandu berkenaan. Saya berharap, dia akan dikenakan hukuman maksimum atas perbuatannya sebagai pengajaran supaya tidak berulang lagi.“ kata beliau lagi.

sumber: Jumpa Kat Mahkamah

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *