, , , ,

Soalan Ahmed Deedat Yang Orang Kristian Gagal Jawab Sampai Sekarang!

Tidak ada satu ayat pun yang jelas dijumpai dalam Bible, Jesus berkata, “Akulah Tuhan” atau “Sembahlah aku.” – Ahmad Deedat

Soalan Ahmed Deedat Yang Orang Kristian Gagal Jawab Sampai Sekarang! | Salam.my – Tidak ada satu ayat pun yang jelas dijumpai dalam Bible, Jesus berkata, “Akulah Tuhan” atau “Sembahlah aku.” – Ahmad Deedat

Tentang Jesus mengaku Tuhan, saya bukan mencabar, saya merayu kepada orang Kristian yang terpelajar di seluruh dunia, apabila saya berpeluang. Saya kata, saudara-saudari, saya nak kamu tolong saya.

Kalau Jesus itu Tuhan, saya nak kamu tunjuk pada saya satu ayat, hanya satu pernyataan di mana-mana sana dalam Bible kamu, apa sana versi Bible di mana Jesus kata “Aku ialah Tuhan” atau dia kata “Sembahlah aku”? Demi Tuhan, kalau malam ini pun Pastor Stanley boleh buka Bible dia dan baca.

Saya cakap, saya nak kata-kata Jesus. Ini bukan kata-kata Jesus. Apa yang Jesus kata? Jesus kata “Bapaku lebih besar daripada aku” (Yohanes 14:28). Saya kutip kata-kata dia.

Dia kata lagi “Bapaku lebih besar daripada segala-galanya.” (Yohanes 10:29). Dia kata lagi “Saya tak dapat melakukan apa-apa mengikut kehendak saya sendiri.” (Yohanes 5:30). Saya kutip kata-kata Jesus.

Apa yang kamu kutip ialah Ibrani dan sebagainya. Apa? Filipi? Siapa lagi? Saya kata, siapa ni? Filipi, Galatia, Koristus, Tesalonika. Siapa tu? Jesus? Bukan, itu kata-kata Paul! Saya nak tahu apa yang Jesus kata.

Saya sayang dia, saya hormat dia, saya nak contohi dia. Tapi saya nak tahu apa yang dia kata. Beri pada saya kata-kata dia. Bukan kata-kata orang lain, atau yang diceritakan orang lain.

Agama bagi saya ialah hubungan keselamatan saya sendiri, itu tak bergantung pada tafsiran orang. Saya nak tahu apa Jesus kata. Dia kata “Kata-kata yang kamu dengar ini bukan daripada aku.” (Yohanes 12:24)

“Bapa yang mengutus aku memerintahkan aku mengatakan apa yang harus disampaikan.” (Yohanes 12:49). “Aku sampaikan perkhabaran seperti yang diberitahu oleh Bapa kepada aku.” (Yohanes 12:50)

Jadi, apa yang Jesus katakan ialah kebenaran. Apa-apa yang dia kata ialah benar. Mungkin kamu faham sesuatu yang berbeza. Tapi saya sedia untuk mematuhinya. Saya sedia letakkan leher saya di atas gilotin.

Penggallah kepala saya sesuka hati kamu. Tapi dengan gunakan autoriti Jesus. Jesus kata, “Aku ialah Tuhan” atau “Sembahah aku”.

Kamu tengoklah nanti, 10 minit yang seterusnya. Saya bercakap dalam bahasa Inggeris yang mudah. Saya mahukan kata-kata Jesus. Jesus kata. Saya harap kamu faham saya.

Di mana Jesus kata, “Aku ialah Tuhan” atau “Sembahah aku”. Saya harap kamu masih merakam apa Pastor Stanley kata dalam 10 minit seterusnya. Kalau dia boleh mengutip dari Bible dan tunjuk pada saya ayatnya Jesus kata, “Aku ialah Tuhan” atau “Sembahah aku”. Dia takkan jumpa ayatnya, sebab leher saya di atas gilotin.

Tadi Pastor Stanley kata, “Jesus mengaku dirinya Tuhan.” Semuanya dah dirakam. Jesus mengaku. Tunjuk pada saya, tolonglah, tunjuk pada saya. Kalau dia tunjukkan “Aku ialah Tuhan” atau “Sembahah aku”, saya sedia dibaptiskan malam ini juga.

Tanpa membuang masa. Sebelum saya berikan penjelasan tentang Trinity, saya mesti berterima kasih pada Tuhan Maha Kuasa. Alhamdulillah, saya bersyukur pada Allah sebab selamatkan leher saya.

Pastor Stanley, dia ada 10 minit dan Bible di tangannya dan tak dapat beri apa yang saya minta. Saya kata satu frasa, satu ayat dalam Bible, di mana Jesus kata “Aku ialah Tuhan” atau “Sembahah aku”.

Saya bersyukur pada Tuhan, dia gagal. Dan saya memang dah tahu, kalau tidak saya takkan ambil peluang ini.

KONGSIKAN, SEBAR VIDEO INI:

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *