, ,

Profesor Okuda: “Islam Adalah Hadiah Terbesar Dari Allah Dalam Hidup Saya!”

Prof. Dr. Atsushi Kamal Okuda, Profesor bidang Politik di Universiti Keio yang juga merupakan Ilmuwan muslim Jepun dan pendidik ahli di sejumlah universiti di Tokyo Jepun.

Prof. Dr. Atsushi Kamal Okuda, Profesor bidang Politik di Universiti Keio yang juga merupakan Ilmuwan muslim Jepun dan pendidik ahli di sejumlah universiti di Tokyo Jepun.

Dr Kamal Okuda telah lama berjuang mencari kebenaran dan agama yang benar dan haqiqi, akhirnya beliau memutuskan untuk memeluk agama Islam. Dia menjelaskan hidupnya sebelum memeluk Islam:

“Sebelum memeluk Islam hidup saya adalah barbar (tiada tujuan) .. Sangat barbar (tiada tujuan)! Jahil.. saya buta akan kebenaran!”

Dr. Okuda adalah contoh yang sangat baik bagi umat Islam di Jepun. Beliau memberi komitmen dan minat dalam bidang perundangan Islam, beliau pindah ke Aleppo-Syria untuk melanjutkan pelajaran dan belajar bahasa Arab. Dia mengatakan: “Pada saat itu saya masuk Islam .. Saya percaya bahawa ini adalah hadiah terbesar dari Allah dalam hidup saya!”.

Saat ini, Dr Okuda bekerja keras dengan rakan-rakannya dan para mahasiswa di Jepun untuk menyebarkan Islam di Jepun untuk menyelamatkan bangsa mereka. Semoga Allah memberi mereka keberkatan dan kelancaran dalam dakwahnya. Amiin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *