, , ,

Pelaburan Emas VS Pelaburan Hartanah, Mana Lebih Baik?

Emas dan hartanah merupakan dua aset yang paling berharga dan sesuai dijadikan pelaburan. Tapi antara pelaburan emas dan pelaburan hartanah, yang mana lebih baik?

Pelaburan Emas VS Pelaburan Hartanah, Mana Lebih Baik? | Salam.my – Emas dan hartanah merupakan dua aset yang paling berharga dan sesuai dijadikan pelaburan. Tapi antara pelaburan emas dan pelaburan hartanah, yang mana lebih baik?

Jawapannya, dua-dua baik. Tiada istilah pelaburan emas lebih baik daripada pelaburan hartanah, atau pelaburan hartanah lebih baik daripada pelaburan emas. Ia merupakan dua aset yang berbeza dan mempunyai kelebihan masing-masing. Perumpamaannya seperti membandingkan motosikal dengan kereta. Motosikal lebih baik kerana jimat minyak, boleh ‘menyelit’ dalam jem serta jimat tol. Kereta lebih baik kerana mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi, boleh naik lebih ramai dan selesa untuk pemanduan jarak jauh. Masing-masing ada kelebihan. Begitu juga pelaburan emas dan pelaburan hartanah.

Pelaburan Emas – Sesuai Sebagai Simpanan

Emas merupakan aset yang sesuai untuk simpanan jangka masa panjang dan juga mudah di’tunai’kan. Emas adalah duit yang dikunci nilainya. Dalam artikel lepas, Emas2u.com kongsikan bagaimana 1 dinar pada zaman nabi masih hampir sama nilainya dengan 1 dinar emas hari ini. Tidak seperti duit, tahun 1970 dengan tahun 2018 pun dah terlalu banyak besa. Pelaburan emas atau simpanan emas, seolah-olah kita simpan duit tunai dalam bentuk yang lebih selamat nilainya. Bila nak pakai duit, kita boleh cagarkan di Ar-Rahnu untuk dapatkan pinjaman segera, atau boleh terus jual untuk dapat duit segera.


Download Ebook Emas A-Z Percuma KLIK https://ebook.emas2u.com/

Selain itu emas boleh dibeli walaupun anda mempunyai modal kecil. Emas sesuai bagi mereka yang sentiasa bertukar lokasi. Hatta ke mana sahaja anda ke seluruh dunia, emas ada nilai dan permintaan.

Emas juga boleh dijadikan simpanan alternatif bagi mereka yang diisytihar bangkrap kerana emas adalah satu-satunya aset kewangan yang tiada dalam sistem kewangan. Pendek kata, tak siapa tahu berapa banyak emas yang kita ada. Pihak bank tak boleh ‘trace’ simpanan emas kita, apatah lagi untuk dibekukan sebagaimana aset-aset kewangan yang lain (termasuk hartanah).

Emas juga kalis ekonomi, merupakan aset yang paling selamat dari sebarang ketidaktentuan ekonomi dan politik negara. Kalau berlaku huru-hara dan peperangan, pemilik emas boleh bawa kekayaannya ke mana sahaja dan mulakan hidup baru. Itulah kelebihan emas.

Pelaburan Hartanah – Peluang Pendapatan Dengan Pinjaman Baik

Hartanah pula merupakan aset yang baik untuk gandakan kekayaan dengan hutang iaitu hutang baik. Ia hutang yang membuatkan kita lebih kaya. Pelaburan hartanah merupakan antara pelaburan paling cepat membuatkan kita lebih kaya sebab kita boleh menggunakan kelebihan pinjaman bank. Bank sememangnya berlumba-lumba nak bagi pinjaman perumahan sebab ia aset yang sangat selamat bagi bank.

Harga rumah pula makin lama makin naik. Kalau tak duduk, rumah boleh disewakan. Kita boleh dapat pendapatan pasif setiap bulan dengan pelaburan hartanah. Hasil kutipan duit sewa, boleh cover duit pinjaman bank, seolah-olah orang lain bayarkan rumah yang akhirnya jadi milik kita. Katakanlah selepas 5 tahun beli rumah dan kita tak mampu bayar, kita boleh jual rumah tu dengan harga yang lebih tinggi. Dan katakanlah kita mati, rumah tu 100% jadi milik keluarga (ahli waris) secara percuma kalau kita ambil perlindungan takaful. Itulah kelebihan hartanah.

Pelaburan Emas VS Pelaburan Hartanah

Emas lebih ideal dan sesuai sebagai simpanan jangka panjang sementara Hartanah beri kita peluang untuk jadi orang kaya. Pelaburan emas atau pelaburan hartanah, kedua-duanya baik dan anda mesti ada ilmu untuk mulakan.

Anda dah bersedia untuk memiliki emas 24k dijamin tulen dan patuh syariah? Follow 2 cara mudah beli emas di sini. Jika ada persoalan boleh Whatsapp 0122302158 (Muhaimin) anytime!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *