Gempa Bumi Sudah Hampiri Kita. Malaysia Kini Termasuk Dalam Lingkaran Api Pasifik | Salam.my – Ya Allah, ramai yang terkejut apabila baca berita ini. Jangan terlalu selesa. Gempa bumi sudah hampiri kita. Mengikut laporan United States Geological Survey (USGC), Malaysia sudah termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik. Adakah kita telah bersedia?
1. Ini adalah peta Lingkaran Api Pasifik (Pacific Ring of Fire) yang saya sebutkan dalam khutbah Jumaat saya tempohari.
2. Berdasarkan peta ini yg dikeluarkan oleh United States Geological Survey (USGC), negara kita telah dimasukkan ke dalam Lingkaran Api Pasifik.
3. Ada yg berpendapat bahawa Malaysia tidak berada betul-betul di dalam Lingkaran Api Pasifik tetapi di dalam buffer zone (zon penampan). Risikonya? Tetap terdedah kepada bahaya g3m pa dan tsu-naml.
4. Inilah ilmu ALLAH. Apa yg kita ketahui hanya terlalu sedikit.
5. Sewaktu saya belajar Geografi di sekolah menengah dahulu, kita diajar bahawa Malaysia berada di luar Lingkaran Api Pasifik. Tetapi sekarang, pakar pengkaji Geologi mendapati beberapa perubahan.
6. Kejadian gempa di negara jiran telah “trigger” dan mengaktifkan titik gempa lemah yang berada di negara kita.
7. Semoga ALLAH melindungi kita semua. Banyakkan istighfar dan taubat kepada ALLAH. Tinggalkan dan cegahlah mak siat yg ada. Perbanyakkan amal soleh.
8. Ya ALLAH. Kami sangat takut kepada mala petaka dan kemurkaan-Mu.
sumber: FB Ahmad Jailani Abdul Ghani
Na’uzubillah.
Kenapa Selalu Kena Di Indonesia Tetapi Tidak Kena Di Malaysia. Adakah Malaysia Masih Dalam Kategori Selamat?
Baru baru ini dunia digegarkan dengan satu tragedi yang menyedihkan melanda jiran kita iaitu Indonesia. Berita mengenai perkara itu tular di semua media sosial seluruh dunia. Seorang pengguna FB yang bernama Cikgu Zahran meluahkan sesuatu dalam laman facebook. Kenyataan beliau sudah mendapat banyak respond balas dari netizen dan juga penkongsian yang banyak. Mari baca apa yang beliau tuliskan.
Mayat Ditemui Terdampar Di Kawasan Pantai..!!
Mayat ditemui bergelimpangan dan terdampar di kawasan Pantai Palu, Sulawesi Indonesia.
Situasi ini dirakam selepas tsunami dengan ketinggian ombak antara 1.5 ke 3 meter melanda wilayah itu.
Setakat ini, 384 orang terkorban, 540 cedera parah dan 29 dilapaorkan masih hilang.
Kejadian gempa dan tsunami di Palu Sulawesi sangat menakutkan kita. Jaraknya dah tak jauh dari Borneo. Kematian hampir mencecah 400 orang. Video yang kita saksikan sangat mengerunkan. Bagaimana ombak setinggi 6 kaki membadai daratan. Hancur musnah semuanya. Mayat bergelimpangan.
Malaysia ni masih selamat kerana di luar lingkaran api pasifik. Jauh dari pusat gempa. Tapi jangan lupa sejak 2007, lebih 40 gegaran telah melanda Malaysia. Paling kuat berlaku di Ranau Sabah pada 5 Julai 2015 dengan magnitud 6.0 skala richter. Gempa lemah pernah di kesan di Tasik Kenyir, Janda Baik dan Bentong malah di Manjung Perak.
Kalau tengok peta gempa sejak 40 tahun dulu, hampir semua tempat di Indonesia pernah gempa..cuma di Malaysia masih selamat. Tapi kita tak tau bila Allah nak uji kita dengan kejadian macam tu. Dengan kita punya perangai dan sikap. Aku pun bukan baik sangat. Tapi cuma nak peringat saja. Dengan kelaku kita, dengan liberalnya..dengan duk berkelai pasal politiknya…sampai masa Allah murka..naya kita.
Kita masih selamat kerana ada doa orang soleh yang dimakbulkan. Sebab tu kita kena angkat para alim ulamak ini di tempat yang tinggi. Kalau tak kerana doa ini mungkin sudah lama Allah turunkan bala yang pedih.
Surah al–An’aam Ayat 65
قُلْ هُوَ الْقَادِرُ عَلَىٰ أَن يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عَذَابًا مِّن فَوْقِكُمْ أَوْ مِن تَحْتِ أَرْجُلِكُمْ أَوْ يَلْبِسَكُمْ شِيَعًا وَيُذِيقَ بَعْضَكُم بَأْسَ بَعْضٍ ۗ انظُرْ كَيْفَ نُصَرِّفُ الْآيَاتِ لَعَلَّهُمْ يَفْقَهُونَ
“Katakanlah (Muhammad), ‘Dialah yang berkuasa mengirimkan azab kepadamu, dari atas atau dari bawah kakimu atau Dia mencampurkan kamu dalam golongan-golongan (yang saling bertentangan) dan merasakan kepada sebagian kamu keganasan sebagian yang lain.” Perhatikanlah, bagaimana Kami menjelaskan berulang-ulang tanda-tanda (kekuasaan Kami) agar mereka memahami(nya)’.”
Semoga kita ambik iktibar. Brader pun sama. Ingat mengingati amat berguna bagi orang mukmin. Bukan pasal kita baguih ka dak. Semoga Allah selamatkan negara kita dan dilindungi dari kemurkaanNya.
Takziah untuk mangsa di Palu. Dengar khabar mayat masih tak dapat urus. Makan minum dan air bersih tak ada. Jom kita bantu sorang sikit. Keadaan katanya sama macam tsunami Acheh. Wallahualam.
sumber: FB Cikgu Zahran via Berita Dinding
Pingback:Peta Dunia Lingkaran Api Pasifik - Kumpulan Quotes