, , , ,

Khabib: Saya Tak Nak Hidup ‘Terlebihkan’ Dunia, Nanti Allah Akan Tanya Segalanya ‘Di Sana’

Saya dah umur 30. Berapa lama saya akan hidup?

Siapa yang tak kenal Khabib? Nama Khabib Nurmagomedov menjadi semakin popular selepas kemenangannya ke atas Conor McGregor dalam kejohanan UFC 229 pada Oktober 2018 yang lalu. Selain ketangkasan dan kecekapannya beraksi di atas gelanggang, imej Khabib sebagai seorang Muslim yang warak, bersih dan merendah diri telah menyebabkan jutaan peminat menghormati dan menjadikannya sebagai idola.

Walaupun telah menjadi ‘superstar’, tidak ramai yang mengetahui tentang kehidupan peribadi Khabib. Menariknya tiada apa yang istimewa tentang aktiviti seharian Khabib ketika tiada sebarang perlawanan atau latihan.

Beliau hanya meluangkan masa bersama isteri, anak dan ibu bapanya di sebuah apartment di Russia di samping tidak melupakan ibadah dan juga mendengar muzik Rusia.

Selaku seorang Muslim, Khabib telah memberikan nasihat yang cukup bermakna dan jitu buat para peminatnya di luar sana. Menurut beliau, dia harus menjadi idola yang baik buat remaja Muslim di luar sana dan tidak menunjukkan contoh yang boleh memalukan agama Islam. Kata Khabib:

Kamu pergi ke masjid sebab tiada sesiapa pun yang sempurna. Semua buat silap dan mesti mohon keampunan dengan Allah. Kita harus bersikap jujur dan ia adalah perkara paling penting dalam hidup.

Ada sebab kenapa kita ada di sini. Bukan kerana saya jaga kesihatan untuk kerjaya sukan tetapi kerana saya Muslim. Saya ada keluarga, anak, kawan dan kerjaya. Saya dah umur 30. Berapa lama saya akan hidup?

Saya tak nak hidup ‘terlebih-lebih’. Saya percaya apabila ‘dijemput’, Allah akan tanya segala perbuatan saya.

Memang ternyata Khabib bukan sahaja hebat sebagai seorang pejuang di gelanggang, malah begitu hebat sahsiah dan peribadi sebagai seorang Muslim. Sikap merendah diri dan sentiasa mengingati mati ini haruslah kita semua contohi, tanpa mengira pangkat, bangsa dan usia.

Pengalaman Jumpa Khabib Sedang Mengerjakan Ibadah Umrah Ketika Sambutan Maulidur Rasul

Pada malam bersempena sambutan Maulid Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wa sallam, saya masih berada di Kota Suci Makkah. Suasana para jemaah nampak sedang khusyuk sebagaimana hari-hari yang lain, ada yang thawaf mengelilingi Ka’bah, ada yang membaca Al-Quran dan ada juga yang i’tikaf di Masjidil Haram.

Setelah melaksanakan solat Maghrib dan Isya di Masjidil Haram, saya dan ustadz Muhajir; satu-satunya mahasiswa Aceh yang sedang menimba ilmu di Ummul Qura Mekkah, pergi ke beberapa maktabah yang menjual banyak kitab-kitab ilmu agama di Syari’ al ‘ilm, Aziziyah Mekkah yang berdekatan dengan Baitul Asyi.

Ketika pulang dari maktabah menuju hotel, kendaraan yang kami naiki hanya sampai ke bahagian luar Masjidil Haram dekat dengan istana raja, setelah turun kami berjalan kaki kurang lebih 200 meter dari Masjidil Haram menuju ke hotel.

Ketika sedang berjalan kaki ada yang menarik perhatian kami saat berjalan menuju arah Swiss Hotel, Makkah arah Ajyad. Saya melihat ada empat orang pemuda berjubah, satu di antara mereka hanya memakai pakaian biasa, seperti pakaian olahraga.

Tidak disangka! Ternyata satu dari keempat orang itu adalah Khabib Nurmagomedov, petarung muslim kelahiran Rusia yang sangat terkenal kerana kehebatannya menewaskan Conor McGregor dalam pertarungan UFC di Las Vegas, Amerika Syarikat pada 6 Oktober 2018 yang lalu.

Tentu saja sangat mudah mengenali Khabib kerana beliau viral di media sosial ketika bertarung melumpuhkan kesombongan Conor McGregor yang sejak awal membuat pr*vokasi terhadap Khabib. Kami mengikuti Khabib menuju ke hotel dalam jarak yang agak dekat.

“Come…come …come take selfie!,” kata Khabib selepas melihat kami mengikutinya. Khabib seperti tahu, saya sengaja mengikutinya dan akan meminta untuk mengambil gambar bersama.

Dia begitu ramah, keganasannya di dalam gelanggang saat bertarung, tidak kelihatan manakala kami dapat berbual dengan beliau seperti berbual dengan jemaah yang lain. Khabib mempelawa kami bergambar bersama beberapa kali bersamanya dan teman-temannya di jalan menuju lobi Hotel di mana dia menginap ketika menjalankan Ibadah Umrah.

Ramai umat Islam berbangga dengan kemenangan Khabib dalam kejuaraan tersebut kerana bukan sahaja beliau berjaya mengalahkan lawannya, Conor yang menunjukkan sikap takbur , bahkan sifatnya yang merendah diri dan menunjukkan keperibadian seorang muslim sebenar disaksikan oleh jutaan manusia yang boleh dijadikan contoh ikutan.

Beliau menolak untuk menyertai kejuaraan UFC 224 pada Mei lalu kerana kejuaraan tersebut bertembung dengan ibadah puasa walaupun ditawarkan dengan kontrak lumayan. Menerusi media, beliau juga menasihati peminat-peminatnya supaya jangan meninggalkan solat dan sentiasa berhubung dengan Tuhan dan keluarga. Sifat ini yang harus dicontohi bagi setiap orang yang beragama islam.

Terima kasih Khabib atas nasihat yang berguna ini. Semoga terus maju jaya.

VIDEO :

sumber: Islamik Info

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *