Kenapa Orang Cina Sangat Marah Anak Mereka Masuk Islam? – Firdaus Wong | Salam.my – Dalam masyarakat Cina ada satu konsep, dan kerana konsep ini lah kenapa orang cina sangat marah jika anak mereka memilih untuk memeluk agama Islam
Konsep – sebagaimana ibu bapa berbakti kepada anak mereka sejak kecil, maka antara bakti yang perlu ditabur oleh anak-anak ketika ibu bapa mereka telah meninggal dunia ialah menyembah mereka.
Jadi jika anak mereka memeluk Islam, mereka seperti ‘hilang anak’ apatah lagi bila hilang nama cinanya, langsung seperti ibu bapanya seperti kehilangan anak.
Ini buka isu racist (perkauman), Firdaus Wong kemudian bertanya “Dia masuk Islam atau masuk Melayu?” dan mengajak pendengar berfikir bagi contoh kahwin campur. Kenapa tidak majlis diadakan mengikut cara kaum Cina atau India, ianya dibolehkan selagi tidak melanggar syariat Islam. Nampak kepelbagaian, makanan juga bercampur ikut cara kaum.
Tanyakan soalan ini “Kalau selepas mak bapak mati, adakah mereka tahu atau tidak?”
Firdaus Wong juga mengajak pendengar agar berdakwah dengan cara memberikan kelebihan Islam – doa anak yang telah Islam kepada ibubapa yang belum Islam ketika mereka masih hidup. Sebelum Islam setiap hari solat 5 kali sehari.
Kalau berdakwah kepada masyarakat Cina, konsep untung perlu ditekankan.
Approach yang betul, cakap dengan hikmah. Doa agar Allah beri kebaikan kepada mereka yang belum masuk Islam.
Tonton video penuh:
sumber: Sinar Kuliah