, , , , ,

Adik Ini Sempat Hadiri Pengebumian Jenazah Bapanya Sebelum Ambil Kertas Akhir UPSR

Azri Haziq sempat bantu menguruskan jenazah bapanya sebelum ambil kertas akhir UPSR


Pemergian bapa merupakan perkara paling menyedihkan dan peristiwa besar bagi sesiapa sahaja.

Salam.my menerusi Astro Awani ingin mengongsikan kisah inspirasi adik ini yang berjaya menduduki peperiksaan UPSR, walaupun baru melalui kehilangan dalam hidup, boleh dijadikan inspirasi.

Cikgu Hussayn (nama di Facebook) berkongsi kisah anak muridnya, Azri Haziq bim Hairul Saleh, yang tekad untuk ke sekolah bagi menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), biarpun baru kehilangan bapanya sehari sebelum hari peperiksaan.

Azri hadir untuk menduduki kertas Sains 1 pada sebelah pagi dengan hanya berpakaian baju Melayu.

Pelajar SK Putrajaya Presint 8(2) itu juga terpaksa menduduki peperiksaan sebagai calon tumpang di SK Rantau Panjang, Klang kerana jenazah bapanya dikebumikan di sana.

Selesai peperiksaan, dia terus bergegas pulang untuk turut sama memandikan, mengkafankan dan mengebumikan bapanya.

Selesai upacara pengebumian, dia kembali ke sekolah untuk menghabiskan kertas terakhir.

Bapa Azri meninggal dunia petang 13 September di Hospital Putrajaya.

Berikut teks kongsian Cikgu Hussayn di Facebook:

Alhamdulillah.. selesai sudah anak2 tahun 6 menduduki UPSR hari ini. Tanggal 14 September 2017 adalah tarikh yg sy tidak akan lupakan sepanjang berkhidmat sbg Guru Bimbingan & Kaunseling dimana seorang anak murid sy yg kental jiwa n kuat semangatnya menduduki peperiksaan selepas jenazah ayahnya selamat dikebumikan. Allahu.. hati mana yang tidak sayu melihat ketabahan anak ini dari luar kelas menjawab soalan dengan hanya memakai baju yg dipakai ke kubur ayahnya sbntar tadi. Lebih sayu anak ini menduduki peperiksaan bukan di sekolah asalnya iaitu SK Putrajaya Presint 8(2) tetapi sebagai calon tumpang di SK Rantau Panjang, Klang kerana ayahnya dikebumikan dsana.

Sblm itu pada pukul 8.15 pagi dia juga hadir utk menjawab soalan sains kertas 1 kmdian bergegas pulang utk upacara memandikan, mengkafankan, menatap wajah ayahnya buat kali terakhir n menunaikan solat jenazah bersama penduduk kampung sblm jenazah ayahnya dikebumikan.

Inilah wajah anak didik yg sy maksudkan.. namanya Azri Haziq bin Hairul Saleh. Mari sama2 kita doakan dia tabah n kuat menghadapi ujian ini. Doakan dia berjaya suatu hari nanti n doakan juga ayahnya iaitu almarhum En. Hairul Saleh ditempatkan bersama golongan beriman. Aamiin.

*Buat azri haziq yg cikgu sayang.. andai suatu hari nanti azri baca catatan ini.. cikgu nk azri tahu yg cikgu bangga dgn kputusan yg azri buat utk terus duduki UPSR kerana tak ramai dluar sana mampu hadapi n lakukan apa yg azri lakukan hari ini. Cikgu syukur dapat bersama azri hari ini di rumah n sekolah serta smlm di bilik mayat Hospital Putrajaya. Satu kenangan yg takkan cikgu lupakan sampai akhir hayat.

*Izinkan cikgu share kisah ini ye sayang. Moga kisah azri mnjadi pndorong n pmbakar smangat buat kawan2 dluar sana. Teruskan perjuangan menuntut ilmu. Solat selalu n banyakkan berdoa. Jadi anak soleh yg mendoakan ayah ye sayang. Andai ada apa2 masalah blh dtg jumpa cikgu pd bila2 masa. Respect! Salute! UiLove!

#kisahinspirasidiri
#mutiaraminda2u
#akademipermataalfateh
#muhasabahdiri

Perkongsian inspirasi ini telah mendapat share melebihi 6000 di Facebook.

sumber: Facebook Cikgu Hussayn, Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *