, , ,

Menyayat Hati, Muazzin Baru Ini Sebak Selepas Laungkan Azan Pertama Di Masjid Nabawi (Video)

Bagaimana perasaan anda jika anda diberikan penghormatan tertinggi Gelaran Adnan Di Masjid Nabi Sendiri iaitu Masjid Nabawi?

Salam.my – Bagaimana perasaan anda jika anda diberikan penghormatan tertinggi Gelaran Adnan Di Masjid Nabi Sendiri iaitu Masjid Nabawi.

Inilah salah satu komen antara yang terbaik pujian dari Abba Gana terhadap Mohammed Marwan yang menangis teresak-esak setelah menghabiskan laungan Azan Pertama selepas dilantik sebagai Muazzin (atau ‘bilal’) di Masjid Nabawi iaitu Masjid Kesayangan Rasulullah SAW sendiri. Bagi Mohammed Marwan ianya merupakan satu hadiah yang tidak ternilai.

Beruntunglah mereka yang dilantik menjadi bilal bagi melaungkan azan untuk menyeru semua umat Islam menunaikan kewajipan solat. Lebih istimewa apabila dilaungkan di tempat bersejarah di sekitar Madinah yang sering menarik perhatian jemaah untuk menghadirikan diri menghadap Allah SWT.

Itu terjadi kepada Mohammed Marwan, seorang pemuda yang baru dilantik menjadi bilal di Masjid Nabawi dengan meluangkan azan pertama di rumah Allah berkenaan.

Menangis ketika laungkan azan pertama!

Lebih menimbulkan perasaan sebak apabila Mohammed Marwan kelihatan menangis teresak-esak setelah selesai meluangkan azan pertamanya sehingga menadah tangan berdoa dan bersujud syukur.

Newly appointed Muezzin of Masjid al Nabawi Mohammed Marwan cries on his first Azaan. Truly a sacred and historical duty. Subhanallah,” kongsi seorang pengguna Twitter.

Video Penuh Azan:

Perkongsian video berdurasi dua minit 20 saat itu diulang kicau lebih 4,500 kali dan mendapat hampir 10,000 tanda suka yang rata-rata mengucapkan syukur serta tersentuh hati dengan kemerduan suara bilal berkenaan.

Semoga Allah SWT memberkati dia dunia dan akhirat

Ini Sesuatu Kerendahan Budi. Semoga Allah SWT merahmati dia

Subhanallah

Disini Admin ingin Tambah betapa kelebihan menjadi Bilal seperti apa yang Mohammed Marwan lakukan:

Kelebihan menjadi Muazzin (bilal).

1.Mengusir Syaitan

Hadis daripada Abu Hurairah katanya:

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan menjauhkan dirinya sambil terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi azan. Jika selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamah untuk sembahyang diserukan dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah selesai iqamah itu baharulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi antara seseorang itu dengan dirinya (mengwas-waskan). Dia akan berkata: “Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap sesuatu yang tidak sewajarnya diingati, sehinggalah lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia bersembahyang.”

(Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan an-Nasa’ie)

2. Diampunkan dosanya selama bilal itu mengalunkan azan.

Dalam satu hadis yang lain.

Daripada Al-Barra’ bin Azib r.a, berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berdoa untuk yang berdiri di saf pertama. Para muazzin pula akan diampunkan sebanyak mana suaranya dan siapa yang mendengarnya menjadi saksi. Dia akan mendapat pahala orang yang mengerjakansolat bersamanya”. (H.R Al-Nasai).

3. Jin Dan Manusia Serta Selainnya Menjadi Saksi Di Hari Qiamat

Sebagaimana hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman katanya:

Maksudnya: “Sesungguhnya Abu Sa‘id al-Khudriy Radhiallahu ‘anhu berkata kepadanya (‘Abdullah bin ‘Abdurrahman): “Sesungguhnya aku melihat engkau menyukai kambing dan sahara. Jika engkau berada di lingkungan kambing atau saharamu lalu engkau azan untuk sembahyang, maka tinggikanlah suaramu ketika melaungkannya. Kerana tidak didengar suara orang yang azan oleh jin dan manusia serta lain-lainnya melainkan menjadi saksi baginya di hari qiamat. Berkata Abu Sa‘id: “Aku mendengarnya daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan an-Nasa’ie)

4. Pintu Langit Dibuka Dan Saat Doa Mustajab.

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Jika dilaungkan iqamah untuk sembahyang, maka dibukakan pintu-pintu langit dan dimakbulkan doa.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Sabda Baginda lagi:

Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Ada dua waktu tidak ditolak doa orang yang berdoa, iaitu ketika iqamah sembahyang dan dalam barisan jihad pada jalan Allah.”

Namun kita perlu ingat, pahala azan akan hilang jika seorang muazzin itu hanya melaungkan azan kerana dibayar atau diberi gaji. Begitu juga jika seorang muazzin itu melaungkan azan kerana mahu menunjuk-nunjuk akan suaranya yang sedap dan lunak. Maka dia akan mendapat dosa riyak.

Oleh yang demikian, marilah kita merebut pahala menjadi muazzin ini. Jangan kita membiarkan diri kita langsung tidak pandai melaungkan azan. Kerana azan ini amat dituntut untuk kita hafal sama ada untuk kita laungkan ke telinga anak yang baru lahir dan juga untuk tujuan-tujuan lain .Tak kisahlah sedap ke tak, yang penting hati mesti mau ikhlas.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

Sumber : Twitter Milk sheikh via oh my media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *