10 Foto di lokasi yang sama, Sebelum dan Selepas peperangan di Bandar Aleppo, Syria. Aleppo adalah antara bandar awal kewujudan tamaduan manusia. Pada Julai 2012, konfrontasi ketenteraan bermula di Aleppo, bandar terbesar di Syria. Ia adalah sebahagian gerakkan Perang Saudara Syria. Tentera Syria bertindak kejam dengan mengugurkan bom dari helikopter, membunuh beribu-ribu orang awam dan yang terselamat menjadi pelarian.
Peperangan ini telah menyebabkan kemusnahan besar kepada bandar lama Aleppo, antara tapak awal bermulanya ketamadunan manusia dan di iktiraf oleh UNESCO. Ketahulah disini, didalam ajaran Islam yang di bawa Nabi Muhamad SAW tidak mengajar umatnya melakukan kemusnahan kepada bandar, termasuk tempat ibadah agama lain, membunuh orang awam seperti kanak-kanak, orang tua, wanita dan golongan lemah.
Rasulullah juga mengajar kita untuk tidak memotong tumbuhan dan membunuh binatang. Melihat keadaan Syria ketika ini, di manakah agama Islam yang diajar oleh Rasulullah?
Gereja lama, Gereja Bersejarah St. Kevork
Dar-Al-Iftar (House of Fatwa) bangunan bersejarah Syria
Pusat Bandar Aleppo, Syria
Aleppo adalah bandar raya terbesar di Syria
Kemusnahan teruk bandar Aleppo Syria
Baazar Sauk Madina, Syria
Antara Baazar tertua di dunia dan diiktiraf sebagai tapak warisan UNESCO
Permandangan sebuah Hotel di Syria
Hospital Al-Kindi salah satu tempat awam yang di bom.
Shahba Mall
Antara Mall terbesar di Syria tapi kini sudah musnah.
Menara Masjid Bersejarah Era Ummayyad yang di bom
Masjid Bersejarah Era Ummayyad.
Masjid lama ini juga turut menjadi mangsa.
Credit: potpetinfo