, , , , ,

Tangisan Prof Ridhuan Tee Rayu Lindungi Dr Zakir Naik Ini Buat Ramai Sebak

“Jika kita tidak lindungi Dr Zakir Naik, maka ini mungkin kali terakhir kita mendengar nama beliau. Lepas ini tidak akan kedengaran lagi”

Salam.my – “Jika kita tidak lindungi Dr Zakir Naik, maka ini mungkin kali terakhir kita mendengar nama beliau. Lepas ini tidak akan kedengaran lagi”. Demikianlah ucapan Prof Ridhuan Tee baru-baru ini yang buat ramai sebak.

Pendakwah, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata ketika menyeru seluruh Muslim serta mualaf agar bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan Dr. Zakir Naik.

Gesaan itu dibuat ketika beliau menjadi panel forum penutup Malaysia Reverts Camp Perlis 2019 di Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis di sini hari ini.

Berikut video yang ucapan Prof Ridhuan Tee:

Beliau meminta supaya umat Islam tidak membiarkan Dr. Mahathir berseorangan dalam berhadapan pihak-pihak yang terus mendesak pendakwah antarabangsa itu diusir keluar dari negara ini.

“Saya merayu, jangan biarkan Perdana Menteri berseorangan dalam soal ini, kita mesti bersama mempertahankan Zakir. Kalau Zakir diusir keluar, kita tidak akan jumpa dia lagi, tidak akan dengar lagi dakwahnya. Kita mesti bersuara mempertahankan Zakir,” katanya.

Tambah beliau, musuh Islam hanya mencari satu kesalahan daripada ribuan kebaikan yang dilakukan Zakir sebagai peluang untuk mengusir pendakwah tersebut keluar dari negara ini.

Katanya, ramai lagi pihak yang mengeluarkan kenyataan lebih buruk termasuk menggelarkan Melayu sebagai pendatang namun mereka terus bebas bersuara tanpa dikenakan sebarang tindakan.

“Bukalah mata semua, kalau kita tidak pertahankan Zakir, siapa lagi hendak pertahankannya. Mereka pasti akan bertepuk tangan sekiranya Zakir berjaya diusir keluar,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Ridhuan juga kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang membantah tulisan Jawi sedangkan mereka telah diberikan pelbagai keistimewaan selama ini.

“Hendak ajar Jawi enam muka surat sahaja itu pun mereka bantah. Golongan ini dilihat semakin celupar dan kita jangan tunduk,” katanya.

sumber: Promediatajdid, FB Salam.my, Utusan, FB Fakir Ilmu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *