, , ,

Ramai Terkena Emas Palsu, Ini 6 Cara Menguji Ketulenan Emas & Tips Beli Emas

Hati-hati dengan kewujudan emas palsu di pasaran termasuk kedai gah dan kompleks beli-belah

Ramai Terkena Emas Palsu, Ini 6 Cara Menguji Ketulenan Emas & Tips Beli Emas | Salam.my – Baru-baru ini timbul isu ramai yang terkena emas palsu, yang lebih mengejutkan, emas palsu juga dijual di kedai ternama dan kompleks beli belah, sumber Metro. Salam.my kongsikan kepentingan ilmu asas untuk beli emas agar tidak tertipu dan 6 cara menguji ketulenan emas. Semoga bermanfaat!

Ramai Terkena Emas Palsu

Laporan dari Metro TV via Emas2U.com:

Hati-hati dengan kewujudan emas palsu di pasaran yang kebanyakan dibawa masuk dari negara jiran menggunakan label emas 916 dan berkualiti tinggi namun sebenarnya dicampur dengan bendasing.

Malah tidak mustahil ia turut dijual di kedai gah dan kompleks beli-belah bagi mengaburi mata pengguna tanpa menimbulkan sebarang syak kerana menyangkakan semua barangan kemas mutunya hampir sama dengan emas tulen. [Artikel penuh klik sini]

Tips Beli Emas – Wajib Baca Ebook Emas Ini Sebelum Beli Emas

Ebook ini ditulis dan diedar secara percuma kepada sesiapa pun yang berhajat nak mula simpan emas. Penting ada ilmu asas tentang emas agar duit yang dibelanjakan untuk beli emas berbaloi dan tidak terjerumus dalam penipuan emas palsu yang kerap berlaku akhir-akhir ini.

>> KLIK SINI DOWNLOAD & BACA SEKARANG (PERCUMA) <<

Dalam ebook Emas A-Z ini ada:Kepentingan Simpan Emas + 30 Soalan Kerap Ditanya Tentang Emas + 8 Tips Mula Simpan Emas + 3 Kisah Inspirasi + 2 Cara Mudah Miliki Emas

Wajib baca ebook emas free ini untuk dapatkan ilmu asas tentang emas. KONGSIKAN

>> KLIK SINI DOWNLOAD & BACA SEKARANG (PERCUMA) <<

6 Cara Menguji Ketulenan Emas

Adalah sangat penting untuk kita mengetahui ciri-ciri emas palsu atau asli. Ia merupakan ilmu dan persediaan agar tidak tertipu semasa membeli emas. Emas2U.com kongsikan 6 cara untuk menguji samada emas asli atau palsu.

#1 Uji Ketulenan Emas Secara Visual

1. Periksa cop pada emas, kebiasaannya ada tertera dalam bacaan fineness (1-999 atau 0.1 – 0.999) dalam bacaan karat (10k, 14k, 18k, 22k, atau 24k). Jika terlalu kecil gunakan kanta pembesar untuk pastikan dengan betul kerana sesetengah emas palsu juga dicop dengan bacaan emas agar nampak seperti asli.

2. Perhatikan perubahan warna dengan cara menggosok dengan jari pada mana-mana bahagian emas itu. Emas palsu akan menampakkan warna logam yang lain dan perbezaan warna dengan emas asal.

#2 Uji Emas Dengan Magnet

– Gunakan magnet dan uji pada emas. Jika emas melekat pada magnet bermakna ia adalah emas palsu kerana sudah bercampur dengan logam lain seperti besi. Tapi awas, ada juga emas palsu yang dicampurkan dengan bahan logam lain yang tidak magnetik. Cadangan Emas2U, ujian ini perlu digabung dengan ujian lain supaya keputusannya lebih tepat dan meyakinkan.

#3 Gores Emas Pada Seramik

– Ujian ini lebih mudah tetapi agak berisiko kerana emas mungkin akan tergores dan calar. Caranya adalah goreskan emas pada permukaan seramik, jika ada goresan hitam bermakna emas itu adalah palsu tetapi jika tiada kesan hitam bermakna itu adalah emas asli.

#4 Gigit Emas

– Cara ini biasanya dilakukan oleh atlet. Boleh juga menggunakan cara ini tetapi emas akan sedikit kemek dan mempunyai kesan gigitan. Caranya dengan mengigit emas tersebut (jangan terlalu kuat) kerana secara teori, emas asli akan terdapat sedikit kesan gigitan, kesan gigitan semakin dalam jika emas tersebut adalah 24 karat.

#5 Uji emas dengan Asid Nitric

– Ini merupakan cara yang cukup bagus untuk mengenal emas asli atau palsu tetapi cara ini agak bahaya kerana menggunakan asid, sebaiknya minta pekerja kedai emas untuk membuatnya. Langkahnya adalah seperti berikut :-

a. Letak emas dalam bekas besi stainless steel.
b. Letak setitik Asid Nitric pada emas dan lihat kesan perubahan yang dihasilkan.
c. Reaksi warna hijau menunjukkan logam besi berlapis emas.
d. Reaksi emas menunjukkan logam kekuningan berlapis emas.
e. Reaksi warna susu menunjukkan logam perak berlapis emas.
f. Jika tiada reaksi bermakna ia adalah emas asli.

#6 Ukur Kepadatan Emas

– Kepadatan emas yang tepat ialah 24k iaitu sekitar 19.3g/ml. mengukur kepadatan emas agak rumit kerana perlu melalui banyak prosedur. Berikut adalah prosedur untuk mengukur kepadatan emas.

a. Ukur berat emas dalam gram menggunakan penimbang digital.
b. Isikan air didalam bekas yang mempunyai bacaan ml (milliliter).
c. Catat jumlah ukuran air sebelum emas direndam.
d. Letak emas dalam bekas dan menggunakan tali. Setelah emas direndam, catat bacaan air selepas emas direndam dan bandingkan bacaan air sebelum dan selepas emas direndam.
e. Gunakan formula kepadatan : kepadatan = massa/volume. Jumlah yang hampir dengan bacaan 19 g/ml adalah emas asli.

sumber: emas2u.com

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *