, ,

Pesakit Peringkat Akhir Leukemia Meninggal dunia di Madinah dan dikebumikan di Perkuburan Al-Baqi

Muhammad Ramadhan Alias berusia 20 tahun ​​dari Malaysia, pesakit Leukimia peringkat akhir, beliau diberitahu hanya mempunyai masa sebulan untuk hidup. Permintaan terakhirnya adalah untuk menziarahi dua kota suci iaitu Makkah dan Madinah, jadi beliau berangkat terlebih dahulu menziarahi Kota Madinah dan seterusnya merancang untuk melaksanakan umrah di Makkah selepas itu.

Walau bagaimanapun, beliau tidak disangka-sangka dikejarkan ke Hospital Al-Ansar di Madinah di mana beliau meninggal dunia. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqi bersebelahan dengan Masjid Nabi SAW.

Kakak Muhammad, Maryam memberitahu akhbar The Star bahawa keluarga mereka sangat sedih mendengar berita itu tetapi pada masa yang sama mereka gembira Allahyarham meninggal dunia di bandar yang diberkati iaitu Madinah:

“Tetapi pada masa yang sama kami gembira kerana dua sebab, pertama hajat Allahyarham telah dipenuhi dan kedua kami percaya hanya orang-orang yang bertuah meninggal dunia di tanah suci dan beliau adalah salah seorang yang bertuah dan terpilih”.

bapa Muhammad akan pergi ke Makkah untuk menunaikan umrah bagi pihak anaknya dan akan ke Madinah untuk melawat kubur anaknya.

Semoga Allah mengurniakan kita juga dikurniakan nikmat meninggal dunia di kota Rasul SAW.

Sumber: ilmfeed.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *