Salam.my – Tindakan Joseph Wong menyokong usaha sekolah wawasan dan meminta dihapuskan sekolah vernakular telah mengundang kecaman ramai netizen berbangsa cina. Terpanggil untuk menegakkan kebenaran, Bro Firdaus Wong, pengasas Multiracial Reverted Muslims datang sendiri berjumpa dengan Joseph Wong.
Bro Firdaus kongsikan sebuah posting di FB berkenaan isu tersebut:
Ultra kiasu memang ultra kiasu. Konon menjulang demokrasi tetapi apabila ada Cina Belum Muslim seperti Joseph Wong yang menyokong usaha sekolah wawasan dan meminta dihapuskan sekolah vernakular, mereka menggila seperti orang hilang akal!
.
Mereka mengutuk Joseph Wong, mereka menghinanya & menghina keluarganya. Malahan mereka menghubungi kawan dan ahli keluarganya serta memerli mereka. Ini salah satu pautan ultra kiasu ini :- https://www.facebook.com/…/klbws/permalink/2670651646439555/ selain dari media berbahasa Cina seperti China Press juga turut menjadikannya sebagai berita buat mereka!
.
Hinaan mereka menyebabkan Joseph Wong telah memadamkan akaun FB kerana tertekan! Ultra kiasu tidak mengaku ultra kiasu. Nak menuduh orang lain kurang kecinaan sedangkan mereka sendiri dah kebaratan dan kurang kecinaan tetapi menuduh Cina Muslim seperti saya kurang Cina dan menyindir Cina Belum Muslim seperti Joseph Wong bukan Cina.
.
Mereka juga menyuruh Joseph Wong masuk Islam jangan jadi Cina lah kalau tak suka sekolah vernakular. Kenyataan ultra kiasu ini membuktikan mereka memang ultra kiasu. InshaAllah, saya Firdaus Wong akan menyahut cabaran anda menyuruh Joseph Wong masuk Islam. Saya secara peribadi akan berhubung dengan Joseph Wong dan memberikan sokongan dan mengajaknya memeluk Islam.
.
Para ultra kiasu jangan risau, we are coming to your family too to invite them to become Muslim. We will be coming to your children and grandchildren. Kami akan buat lebih banyak artikel dan video berbahasa Cina untuk mengajak mereka yang cerdik serta sanggup berfikir untuk memeluk Islam. Jangan sekadar takut jawi tetapi takutlah YouTube dan Facebook serta Instagram kerana kami akan berdakwah mereka di ruangan itu. WE ARE COMING!
.
Hanya dengan memeluk Islam mampu mengubah pemikiran ultra kiasu dan menjadikan Cina kategori ultra kiasu lebih patriotik dan kurang sikap komunisnya.
Bro Firdaus Wong kemudian pergi ke Johor untuk berjumpa sendiri dengan Joseph Wong bagi membincangkan isu tersebut:
Pertemuan Firdaus Wong dan Joseph Wong sekali lagi mengundang kecaman seperti posting berikut:
Adakah saya terkejut menerima ‘screenshot’ ini?
.
Saya langsung tidak terkejut dengan perbuatan mereka. Selepas sesetengah golongan Cina yang ultra kiasu menghentam, menghina serta mengugut Joseph Wong kerana kelantangannya bersuara menentang sekolah vernakular, mereka bertambah marah apabila saya berjumpa dengan Joseph Wong.
.
Bayangkan setakat dua Wong ini mampu membuat sesetengah golongan Cina ultra kiasu ini meroyan, bagaimana apabila lebih ramai umat Islam aktif berdakwah?
.
Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang membantu mempromosikan nama saya kepada masyarakat Cina Belum Muslim di luar yang saya percaya tidak ultr kiasu sebagaimana mereka.
.
Terima kasih lah kerana memperkenalkan saya dan ini akan sekaligus menyebabkan ramai golongan Cina yang tidak kenal saya akan mula mengenali saya dan akan mengikuti Facebook, YouTube dan Instagram saya yang akan memudahkan saya berdakwah kepada mereka.
.
Kepada haters dari sesetengah ultra kiasu, you think you are smart? Sorry you are being outsmart this time. Terima kasih sekali lagi untuk promosi percuma tanpa bayaran. 😎
.
*group dalam screenshot adalah Group sembang politik berbahasa Cina.
Sesuatu yang mengejutkan berlaku sebelum Firdaus Wong pulang di lapangan terbang apabila Joseph Wong datang kepadanya dan berkata saya sudah sedia untuk memeluk Islam. Allahuakbar.
Dalam posting tersebut, Firdaus Wong menulis:
Alhamdulilah… Allahuakbar…
.
Cina Muslim masih Cina malahan mungkin lebih Cina dan lebih patriotik. Agama nenek moyang? Ya benar. Nenek moyang manusia adalah Nabi Adam maka kembalikan kalian kepada agama nenek moyang kita semua iaitu agama Nabi Adam iaitu ISLAM.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #josephyusofwong #cinamuslim #chinesemuslim
Hidayah Allah. Semoga Joseph Wong cekal, tabah dan kuat dalam meneruskan hidup sebagai muslim.
Kisah ini juga ada diceritakan oleh Bro Firdaus Wong sendiri dalam video ini:
Video ini memberi inspirasi kepada kita untuk berdakwah tanpa perlu rasa takut kerana kita semua akan mati, dan amalan kita akan dihitung di akhirat kelak.
Semoga kisah ini memberi kekuatan kepada seluruh umat Islam untuk terus melakukan dakwah kepada mereka yang belum muslim. Amin.