, , ,

Lelaki Australia Ini Memeluk Islam Selepas 1 Jam Berjumpa Wong Wai Hung

Mengajak not-yet-muslims untuk mendekati Islam tidak susah, jika kita tahu caranya seperti cara Bro Wong ini

Lelaki Australia Ini Memeluk Islam Selepas 1 Jam Berbicara Bersama Wong Wai Hung | Salam.my – Mengajak not-yet-muslims untuk mendekati dan memperkenalkan Islam tidak susah sebenarnya, jika kita tahu caranya seperti cara Bro Firdaus Wong dalam video ini.

Firdaus Wong Wai Hung atau dikenali sebagai Bro Firdaus Wong yang pada asalnya merupakan penganut agama Buddha mengambil keputusan memeluk Islam walaupun tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk berbuat demikian sebelum ini.

Video ini bermula dengan kehadiran lelaki Australia tersebut menyertai sekumpulan jemaah yang sedang solat Zuhur. Menyedari tindakan lelaki tersebut, Firdaus Wong menghampirinya dan menerangkan tentang agama Islam kepadanya menggunakan sokongan ayat-ayat al-Qur’an, Sunnah, analogi dan logik.

Berikut merupakan caption video tersebut:

An Australian become Muslim after one hour conversation with Bro. Firdaus Wong on the street of Bukit Bintang, Kuala Lumpur on 30th March 2014. One house full of interesting question from the Australian and convincing answer by Bro. Firdaus Wong by using al-Quran, Sunnah, analogy and logic..

If you interested to know more about Islam, please email us at dakwah@askislam.my or if you interested to join us as volunteer, http://askislam.my/volunteer/

Tonton video ini dan KONGSIKAN agar lebih ramai muslim belajar cara melakukan dakwah dalam masyarakat dan lebih ramai not-yet-Muslims memahami dan mendekati agama sebenar ini. Dengan izin Allah.

sumber: Youtube, Facebook Firdaus Wong, Ask Muslim

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *