Protes di seluruh dunia telah berlaku berikutan keputusan Israel untuk memasang pengesan logam dan kamera keselamatan di kompleks Masjid Al-Aqsa. Ini respon terkini terhadap tindakan Israel:
2. Masjidil Aqsa Ditutup Untuk Palestin. Ini Amaran Erdogan Yang Buat Israel Terkejut! [BACA]
3. Selepas Lama Berdiam Diri. Akhirnya Respons Al-Qassam Ni Buat Israel Mula Cuak! [BACA]
4. Selepas Erdogan. Ini Sindiran Imam Besar Masjid Al-Aqsa Yang Buat Jutaan Umat Islam Terkedu [BACA]
Inilah ringkasan apa yang telah berlaku pada pertengahan Julai 2017:
Jumaat 14 Julai 2017
• Satu kejadian menyebabkan 3 orang Palestin dan 2 anggota polis Israel mati.
• Israel menutup Masjid Al Aqsa.
• Solat Jumaat dibatalkan buat kali pertama dalam 48 tahun.
Sabtu 15 Julai 2017
• Masjid Al Aqsa masih ditutup.
Ahad 16 Julai 2017
• Masjid dibuka semula. Walau bagaimanapun, tentera Israel memasang pengesan logam dan kamera keselamatan di sekitar kompleks masjid walaupun tidak mempunyai kuasa ke atas tapak tersebut di bawah undang-undang antarabangsa.
• Rakyat Palestin enggan memasuki kompaun Masjid Al Aqsa sebagai tanda menentang sekatan baru. Mereka percaya bahawa jika mereka mematuhi, mereka bersetuju dengan keputusan kuasa Israel.
Isnin 17 Julai 2017
• Sekatan keselamatan diteruskan dan rakyat Palestin terus membantah dengan berdoa di luar kawasan Masjid Al-Aqsa.
Selasa 18 Julai 2017
• Seorang Imam Al Aqsa, Sheikh Ikrima Sabri ditembak oleh tentera Israel atas alasan meleraikan semua para jemaah. BACA DI SINI
Rabu 19 Julai 2017
• Sekatan keselamatan diteruskan dan rakyat Palestin terus membantah dengan berdoa di luar kawasan Masjid Al Aqsa.
Khamis 20 Julai 2017
• Perbincangan antara Pihak Berkuasa Palestin, Palestinian Authority (PA) dan Israel. Ketua perunding PA Hatem Abdel-Kader memberitahu Middle East Eye: “Pengesan logam tidak memberikan sebarang tujuan keselamatan. Sebaliknya, pendirian mereka adalah permainan politik untuk menekan rakyat Palestin untuk melepaskan kawalan Masjid Al-Aqsa. ”
Jumaat 21 Julai 2017
• Bantahan seluruh dunia berlaku terhadap langkah-langkah yang dikenakan oleh Israel. Mohammad Sharaf, 18, terbunuh oleh seorang peneroka semasa demonstrasi di Baitulmuqaddis Timur.
Langgan Salam.my untuk mendapatkan berita terkini seperti ini terus ke inbox anda.
sumber: ilmfeed.com
Pingback:Selepas Lama Berdiam Diri. Akhirnya Respons Al-Qassam Ni Buat Israel Mula Cuak! – Salam.my
Pingback:Video Tentera Israel Cabut Bendera Palestin Dari Masjid Al-Aqsa Tersebar – Salam.my