Viral Kerana Suka Membantu, Lelaki Cina Ini Kerap Guna Ayat Al-Qur’an, Puncanya Buat Ramai Terkejut! | Salam.my – Salam.my tertarik dengan perkongsian video temuramah Kuan Chee Heng di Youtube bertajuk Kisah inspirasi Kuan Chee Heng : Van Jenazah RM1. Bila ditanya mengapa menggunakan ayat Al-Qur’an, jawapannya buat ramai terkejut!
Video tersebut dibuka dengan penegasan Kuan Chee Heng tentang isu perkauman: “Jangan risau pada orang rasis, dia cakap apa pun jangan layan, kamu dengan diri kamu sahaja, sebab itulah jika kamu tidak yakin dengan Tuhan kamu akan jadi rasis. Tuhan kata apa? Kita lahir dari Nabi Adam, dan kita satu moyang lah”
Apa Jenis Bantuan Yang Kuan Chee Heng Telah Berikan?
“Kerja-kerja yang saya buat adalah seperti Ambulans 10 Sen, Teksi 10 Sen, Pustaka 10 Sen, Rumah Seringgit, Van Jenazah RM1 dan juga Pasar 10 Sen serta memberikan makanan kepada orang susah.”
Bila ditanya Kenapa perkhidmatan Van Jenazah cuma dikenakan RM1? Beliau merujuk kepada kisah kawannya yang meninggal dunia, dan bila nak bawa jenazah pulang ke Segamat, ayah jenazah mengalami kesukaran dari segi kewangan, jadi beliau bertanya “Kenapa saya tak boleh buat? Saya boleh buat”
Temuramah berterusan dengan perkongsian pengalamannya, apa yang memberi motivasi kepadanya untuk membantu orang susah, bagaimana boleh buat kerja amal dengan kos rendah, sehinggalah apabila beliau mengatakan dengan yakin “kamu bagi satu, Dia akan pulang balik 10 hingga ke 700” merujuk kepada (Surah Al-Baqarah 2:261)
Apabila ditanya “Kadangkala Encik Kuan menggunakan petikan daripada Al-Qur’an di dalam penulisan, kenapa?” ini jawapannya:
“Semasa ibu mertua saya nak meninggal dunia, saya sangat sedih, saya tak tahu apa nak buat, saya baik dengan mereka, saya seperti hilang harapan, tiba-tiba ada seorang gadis Melayu (doktor) datang, dia bagi kertas, dalam tu ada surah Al-Qur’an, ada terjemahan 2 bahasa, Inggeris dan Bahasa Malaysia, dia suruh saya baca dan kemudian dia hilang diri, saya pun tak tahu dia siapa, saya pun baca…selepas saya baca saya rasa tenang…”
Subhanallah.
Sambungnya lagi, sejak dari kecil, di kampungnya, dia telah banyak diberikan dan dikongsikan dengan ayat-ayat Al-Qur’an oleh guru-guru dan orang-orang tua.
Katanya lagi, “Agama Islam itu bukan untuk orang-orang tertentu, ia sebenarnya untuk semua orang, jadi jika ada orang petik ayat Quran, itu adalah salah satu kebaikan Islam…”
Dia juga berkata “Bukan lah jika kamu ni Cina, kamu tidak boleh pelajari Al-Qur’an ataupun ajaran Islam, saya rasa agama ini adalah terbuka. Kamu boleh belajar dari nya”
Antara petikan daripada Al-Qur’an yang memberi kesan kepada Encik Kuan? Jawabnya “Tuhan tidak akan membebankan mu daripada apa yang kamu boleh terima” Itu ayat yang selalu memberi galakan kepadanya.
Video Temuramah Kuan Chee Heng:
Siapa Sebenarnya Kuan Chee Heng?
Kuan Chee Heng merupakan seorang berbangsa Cina yang berasal dari Kampung Bukit Chermai, Batu Pahat, Johor. Kuan Chee Heng juga merupakan seorang ahli perniagaan yang banyak menghulurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik tanpa mengira latar belakang bangsa, agama dan keturunan.
Beliau banyak menghulurkan bantuannya khusus di kawasan Puchong, Selangor. Jika melihat statusnya, beliau bukan orang kenamaan dan bukan seorang datuk, jauh sekali terlibat dalam mana-mana parti politik.
Namun, profil Facebooknya mempunyai lebih 305k pengikut disebabkan kerja-kerja amal yang dilakukannya.
“Aku bukan orang kaya. Aku asal orang miskin. Keluarga aku sangat susah, jadi aku dapat rasa betapa sukarnya hidup dalam kemiskinan,” jelas Kuan yang sangat suka membantu.
Beliau melakukan pelbagai aktiviti dalam usaha memberikan suntikan positif kepada masyarakat dan lebih kepada membantu mereka yang susah, lapar dan sakit.
Sama-sama kita doakan agar pintu hati Kuan Chee Heng terbuka kepada Islam dan seterusnya memeluk agama Islam. Amin
sumber: Youtube Zayan FM, Iluminasi
Pingback:Viral Kerana Suka Membantu, Lelaki Cina Ini Kerap Guna Ayat Al-Qur’an, Bila Ditanya, Jawapannya Buat Ramai Terkejut! – Salam.my - Sayap Tempur