Pelakon terkenal Hollywood Jean-Claude Van Damme ditanya mengenai pemakanan sihat. Beliau menjawab dengan menasihati orang ramai untuk mengikuti contoh Nabi Muhammad SAW (selawat dan salam ke atasnya).
The Prophet Muhammad was very smart, he knew what’s good for the future, about the body. So, look at that, don’t ask me and believe me, you have everything that you need.
Katanya, Nabi Muhammad adalah seorang yang bijak, baginda (SAW) tahu apa yang baik tentang tubuh kita untuk masa akan datang. Jadi lihatlah, jangan tanya saya dan jangan percayakan saya. anda ada semua yang anda perlukan.
Lihat video di bawah:
Nabi Muhammad merupakan contoh terbaik untuk diikuti secara spiritual mahupun hal-hal keduniaan. Firman Allah swt dalam Al-Qur’an:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
Kredit gambar: MBC مصر
Sumber: ilmfeed.my