, ,

Malaysia Hampir Menjadi Negara Pertama Berjaya Tangani Covid-19

Allahuakbar, dengan izin Allah, kita telah hampiri menjadi negara pertama berjaya tangani Covid-19

Salam.my – Allahuakbar, dengan izin Allah, kita telah hampiri menjadi negara pertama berjaya tangani Covid-19

KITA berjaya melaksanakan 47,723 pengujian setakat 3 April 2020 atau 1,452 ujian bagi setiap sejuta penduduk.

Kadar ini lebih baik berbanding Amerika Syarikat yang hanya melaksanakan 409 ujian per juta dan Jepun (312 per juta).

Ia juga jauh meninggalkan negara Serantau seperti Indonesia (28 per juta) dan Filipina (48 per juta)

Kita adalah antara negara yang paling berpotensi mengadakan ujian besar-besaran dengan anggaran 16000 ujian akan dapat dilakukan setiap hari pada bulan ini.

Kerjasama KPT dan MOSTI menyediakan 10 makmal diagnostik tambahan pula akan membolehkan tambahan 1400 ujian dilaksanakan sehari kepada seluruh rakyat.

Ya. KKM tidak bekerja seorang diri

Kita adalah antara negara terawal mengadakan lockdown secara bertahap bagi memastikan moral rakyat boleh menyerap tekanan secara natural.

Penggunaan tentera walaupun dikecam dari dalam akhirnya menunjukkan hasil apabila kita menjadi antara negara yang berjaya ‘flatten the curve’ sehingga Singapura pun akhirnya terpaksa melakukan perkara yang sama.

Kita adalah antara negara yang berjaya menyediakan ratusan pusat kuarantin termasuk mengubah suai MAEPS Serdang sebagai pusat rawatan dan kuarantin terbesar negara hanya dalam tempoh 4 hari

Kita adalah antara negara yang mempunyai kadar kesembuhan COVID-19 yang tinggi di dunia.

Setakat semalam, 24.8 peratus kes positif telah pun pulih dan dibenarkan keluar.

Peratusan ini adalah lebih tinggi daripada kadar global (20.8 peratus) serta negara-negara maju seperti Perancis (21.65 peratus), AS (4.43 peratus), Kanada (17.66 peratus), Israel (5.42 peratus) dan Australia (10.7 peratus).

Paling utama, kita adalah negara yang fokus dan tidak terganggu dengan politik dalaman.

Antara punca New York menjadi negeri pertama di dunia mencatatkan lebih 100 ribu kes positif semalam adalah kerana Gabenornya Andrew Cuomo (Demokrat) tak berhenti-henti berpolitik dengan Trump (Republican).

Apa sahaja kekurangan sama ada isu Doraemon, isteri membebel dan akronim MEWA ditamatkan sama ada dengan permohonan maaf atau penarikan semula.

Semuanya supaya kita semua boleh fokus kepada krisis yang lebih utama. Ya. Ini bukan Kerajaan yang saya undi.

Ini juga bukan Kerajaan yang anda undi, tapi apa yang berlaku telah membuktikan, mereka adalah Kerajaan yang kita perlukan hari ini

Sehingga 5 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 179 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,662 kes. Daripada 179 kes ini, 46 adalah berkaitan dengan perhimpunan Seri Petaling.

Sehingga kini, seramai 99 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 48 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat (4) lagi kes kematian berkaitan COVID-19.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 61 kes (1.67 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

-Kes kematian ke-58 (kes ke-2210) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-1031).
-Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 4 April 2020 jam 1.37 tengah hari.
-Kes kematian ke-59 (kes ke-3484) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 68 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis.
-Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 27 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4 April 2020 jam 3.40 petang.
-Kes kematian ke-60 (kes ke-3073) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun.

-Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 31 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5 April 2020 jam 12.39 pagi.
-Kes kematian ke-61 (kes ke-2200) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.
-Beliau telah dirawat di Hospital Keningau, Sabah pada 26 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4 April 2020 jam 9.36 malam.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

“Kita Mesti Menang”

ABDUL RAHIM HILMI ZAKARIYA
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *