Sejak tahun 1980-an lagi, Islamofobia (prasangka dan diskriminasi pada Islam) sudah mula dipupuk dalam diri non-Muslim oleh media massa barat. Terutamanya di Negara England, semakin hari semakin meningkat jumlah Islamofobia, ramai yang menganggap Islam adalah agama pengganas. Buktinya, serangan baru-baru ini yang berlaku ini di London yang menyebabkan kematian seorang Muslim yang baru balik solat berjemaah.
Namun rupa-rupanya, bukan semua yang beranggapan bahawa Islam itu agama yang mengajar umatnya menjadi pengganas. Seorang pengguna Instagram, ummxabdullah, yang merupakan seorang niqobis berkongsi kisahnya ketika menaiki kereta api dan ‘ditegur’ oleh seorang wanita yang asyik curi-curi melihatnya. Ikuti kisah yang dikongsikan beliau di bawah.
“Hari ini menaiki kereta api dan seperti biasa terdapat beberapa orang ganjil yang memandang saya, yang saya tidak kisah, ada juga sesetengah memandang kerana rasa ingin tahu, mungkin merasakan kasihan kepada saya, atau bahkan mungkin kerana rasa benci kerana kejahilan mereka .
Jadi ada seorang wanita yang saya perhatikan duduk bertentangan dengan saya. Saya dapat melihat dari ekor mata saya bahawa dia memandang saya untuk seketika. Setiap kali saya memandang ke arahnya untuk senyum, dia akan cepat-cepat berpaling. Yang kelakarnya dia tidak begitu baik menyembunyikannya.
Apa-apa pun, kami terus bertukar-tukar pandangan sepanjang perjalanan sehingga saya berhenti berusaha (melihat).
Saya fikir kami akhirnya berhenti (melihat) apabila dia mengambil begnya dan berdiri. Saya terkejut apabila dia kemudian bersandar ke arah saya dan menyelit nota yang dilipat ke dalam tangan saya.
Buat seketika untuk membukanya saja saya sudah rasa takut, tidak tahu nak mengharapkan apa. Adakah cubaan kebudak-budakan untuk mengejek saya? Ancaman mati? Atau mungkin sekeping gula-gula getah yang dilipat di dalamnya. Jadi saya rasa keliru.
Saya membukanya, dan yang mengejutkan saya adalah 15 nota perkataan yang paling indah dan menghayat hati yang pernah saya baca dalam hidup saya.
Insiden ini membuat saya berfikir bahawa dalam dunia yang mungkin kelihatan sentiasa kasar, penuh dengan perang dan konflik, di sana mungkin masih ada sedikit harapan.
Semoga Allah membimbingnya dan semoga kita menjadi jalan untuk mewujudkan keamanan di dunia ini. AMEEN. – Umm Abdullah”
Rupanya-rupanya, masih ada orang memandang seorang wanita niqobis ini dari sudut positif. Semoga menjadi harapan kepada umat Islam bahawa dalam dunia ini ada juga non-Muslim yang tidak memandang serong kepada kita.