, , , ,

Kenapa Orang Yahudi Sangat Bijak? Ini Rahsianya

Apa yang mereka amalkan dalam kehidupan seharian membuatkan ramai terkejut!

Bangsa Yahudi dipercayai mempunyai kepintaran yang melebihi kaum lain. Buktinya rata-rata barang canggih yang kita gunakan sekarang adalah ciptaan orang Yahudi. Mungkin di antara kamu ada yang bertanya-tanya kenapa orang Yahudi sangat pintar?

Dr Stephen Carr Leon melakukan kajian selama 3 tahun di Israel untuk membuat thesis Phd-nya yang membincangkan tentang kecerdasan orang Israel yang berbangsa Yahudi. Terlintas di benak Stephen, kenapa Tuhan memberi kepintaran kepada orang Yahudi?

Kajian bermula dengan mengamati kegiatan orang Israel, salah satunya kegiatan seorang wanita Israel yang tengah hamil, seperti membaca buku matematik, menyanyi, atau bermain piano.

Tujuan bermain piano dan bernyanyi iaitu untuk mempengaruhi suasana hati bayi yang tengah dikandung. Sebab jika seorang ibu hamil bernyanyi atau bermain piano, maka suasana hatinya akan senang dan terus memberi pengaruh pada bayinya.

Sementara untuk buku matematik, seorang wanita Israel yang tengah mengandung suka menyelesaikan soalan matematik dengan tujuan untuk mencerdaskan otak bayi. Jika disimpulkan, mereka bukan melatih kecerdasan bayi sejak kanak-kanak lagi atau ketika masih bayi, tapi sejak masih dalam kandungan.

Untuk makanan, wanita Israel yang hamil suka memakan ikan, kacang badam, kurma, dan juga minum susu. Menurut mereka, daging ikan sangat baik untuk perkembangan otak bayi, sama seperti orang Jepun yang gemar memakan daging ikan.

Mereka juga memegang prinsip bahawa sesudah makan daging ikan tidak boleh makan daging lain, kecuali kacang-kacang dan salad. Prinsip pola makan mereka sebenarnya sama dengan Nabi Muhammad SAW.

Mereka juga rajin mengambil buah-buahan kerana dianggap boleh mencerdaskan otak bayi. Apabila sudah membesar jadi kanak-kanak, mereka tidak akan ada kepayahan memahami pelajaran yang diajarkan di sekolah.

Lalu Stephen memperhatikan kebiasaan kanak-kanak Yahudi. Mereka secara rutin mengambil buah-buahan, kacang badam dan pil minyak ikan. Menurut pengamatannya, kanak-kanak Yahudi sangatlah cerdas, rata-rata daripada mereka mampu menguasai tiga bahasa, iaitu Hebrew, Arab, dan Inggeris.

Sejak kecil mereka juga dilatih bermain piano dan bernanyi. Hal ini dipercayai dapat meningkatkan IQ mereka.

Yang lebih mengejutkan dalam hasil kajian Stephen iaitu orang-orang Yahudi jarang merokok, jika pun ada hanya jarang-jarang. Menurut mereka, nikotin dalam rokok dapat merosakkan sel utama pada otak yang ertinya keturunan perokok akan membawa generasi yang menderita cacat otak atau bodoh.

Jadi itulah beberapa alasan ilmiah kenapa orang Yahudi mempunyai tahap kecerdasan yang sangat tinggi menurut kajian Dr Stephen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *