, ,

Biodata Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani (UADAR)

Siapakah sebenarnya Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani (UADAR)

Mukmin tidak pernah kecewa, berputus asa atau bersedih di atas musibah yang menimpa dirinya. Ini kerana, dia meyakini setiap apa yang terjadi itu semuanya di atas ‘skrip’ yang telah diatur dan disusun oleh ‘pengarahnya’ iaitu, Allah SWT. Kita hanyalah ‘pelakon-pelakon’ yang melakonkan watak mengikut ‘skrip’ yang telah tersedia itu. Sebab itulah, agama yang indah ini mengajar kita supaya bertaqwa kepada Allah SWT pada setiap masa dan ketika, kerana kitakan hambaNya… sirru ‘ala barakatillah.

Itu antara kata-kata hikmah yang diucapkan oleh penceramah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki yang dikenali ramai disebabkan kata-kata dalam setiap penyampaiannya menusuk kalbu para pendengar. Benarlah kata orang, ‘Apa yang disampaikan dari hati pasti akan sampai juga ke hati.’

Setiap kali beliau bersiaran di mana-mana ruangan media sama ada radio atau televisyen, pasti ada saja air mata yang akan tumpah apabila mendengarkan setiap tutur kata nasihatnya yang tulus. Bagi anak-anak muda, beliau seakan bapa yang tidak jemu memotivasi si anak agar menjadi insan yang soleh, solehah serta berakhlak dengan didikan Islam.

Dengan suara yang serak-serak basah, tutur kata yang tersusun rapi serta penuh hikmah apabila berbicara dengan khalayak, ditambah pula personalitinya yang merendah diri, lantas membuatkan beliau amat disenangi ramai. Tidak hairanlah apabila ramai dalam kalangan kita tidak sabar-sabar menantikan kemunculannya di kaca tv mahupun radio. Bagi mereka yang pernah mendengar penyampaian beliau, sudah pasti akan ada ‘input’ berguna menerusi kata-katanya itu yang dijadikan bekal dalam hidup seharian.

 

Biodata Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani

Nama Sebenar: Ahmad Dusuki bin Abdul Rani

Asal: Jerantut, Pahang

Pendidikan:

  1. Sekolah Kebangsaan Damak Jerantut, Pahang
  2. Sekolah Menengah Maahad Darul Anuar, Kota Bharu, Kelantan
  3. Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu, Kelantan
  4. Universiti Al-Azhar Mesir (bidang Syariah dan Undang-undang) (1995-1999)

Pentauliahan: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) No Ruj.Jai.Sel/bpd/03/024/5 JLD

Profesion:

  • Pengasas Kompleks Darul Thibbun Nabawi
  • Penasihat Kompleks Ilmu Al-Azhari
  • Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA)
  • Salah seorang anggota Muslim Care
  • Tenaga pengajar Persatuan Orang Pencen (pop) Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz, Masjid Negeri Selangor (2000 sehingga kini)
  • Penasihat Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah, Johan Setia Klang (2003 sehingga kini)
  • Selebriti untuk siaran tv dan radio, seperti Tanyalah Ustaz, Zikir Hati, Semanis Kurma, Radio Ikim.fm dan lain-lain

Laman Sosial

 

Semoga segala usaha beliau untuk mendidik ummah beroleh ganjaran yang baik di sisi Allah kelak. InsyaAllah. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau, boleh layari laman website ini : http://www.ustad.com.my/

sumber: azhan.co

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *