, , , ,

Baru Balik Haji, Lelaki Ini Kongsi 18 Tips Perlu Buat Sekarang Kalau Nak Jadi Tetamu Allah Di Musim Haji Akan Datang

Ikuti perkongsiannya. Mana tahu, giliran kita pula menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun depan dan seterusnya dapat kita bersedia dengan lebih teratur dan sempurna. Kongsikan

Baru Balik Haji, Lelaki Ini Kongsi 18 Tips Perlu Buat Sekarang Kalau Nak Jadi Tetamu Allah Di Musim Haji Akan Datang | Salam.my – Ikuti perkongsiannya. Mana tahu, giliran kita pula menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun depan dan seterusnya dapat kita bersedia dengan lebih teratur dan sempurna. Kongsikan.

Berpeluang menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini merupakan rezeki yang tidak ternilai bagi pasangan Wan Zul Asri dan isterinya Halisa Mohd Darus. Baru pulang dari menunaikan ibadah haji, beliau terpanggil untuk berkongsi tips persediaan haji berdasarkan pengalamannya.

Alhamdulillah saya dan isteri Halisa Mohd Darus selamat pulang ke Tanah Air pada 13 September 2018 dari menunaikan Haji. Terima kasih atas doa kalian. Saya ingin mencoretkan beberapa pengalaman peribadi saya dan isteri sepanjang persediaan kami sebelum ke Tanah suci dan semasa di sana. Apa yang baik boleh sama-sama kongsikan.

Persediaan Sebelum ke Tanah suci

1. Boleh start tengok kat signboard tepi jalan, bila mula kursus haji. Bila kita ke kursus haji, kita akan nampak apa sebenarnya ibadah haji. Kursus tuh biasanya bermula bulan Disember berakhir Mac.

2. Kalau turn lambat lagi, boleh hantar surat rayuan ke Tabung Haji. Boleh hantar dengan email,pos atau ke pejabat berhampiran.Saya sediakan template surat haji. Kredit surat haji untuk sahabat saya Lily Fauzan dan suami.

3. Dah hantar surat rayuan, bolehlah mula pohon berdoa dengan Allah untuk memilih kita. Kita nak jadi tetamuNya maka dengan Allah kita kena pohon..itulah sebaik2 ‘kabel’..Mintak doa tuh..kena yakin bahwa Allah akan menerima doa kita…berdoalah tiap kali masa dalam sujud akhir solat fardhu..pohon dengan Allah agar kita menjadi tetamuNya yang paling istimewa…Insyallah – Biasanya pihak TH akan hantar surat balas bahawa permohonan kita telah diterima dan sedang diproses…

4. Yang dah terima surat tawaran, kena banyak bersyukur..n kena berdoa jugak agar kita dipanjangkan umur untuk sampai ke sana..ada jugak sehari sebelum bertolak ke Tanah suci..meninggal dunia…

5. Sebenarnya perilaku kita di Mekah/Madinah adalah bermula dari rumah..kalu di rumah kita rajin ke masjid maka kita akan biasakan diri solat di Masjidilharam..kalu di rumah suka berborak kosong maka di Tanah Suci nanti..perangai kita akan terikut2..

6. Kalau boleh jangan skip kursus haji, banyak info dalam ceramah tersebut.

7. KURSUS HAJI INTENSIF ADALAH PENTING SEBAB KURSUS INTENSIF INI LEBIH KEPADA PRAKTIKAL CARA PEMAKAIAN IHRAM DAN CARA TAWAF,SAIE DAN MELONTAR.IANYA JUGA MEMUDAHKAN BAKAL JEMAAH HAJI BERTANYA USTAZ/USTAZAH JIKA ADA SEBARANG PERMASALAH KERANA JUMLAH PESERTA TIDAK RAMAI.

8. Kursus Haji Perdana sebaiknya perlu diikuti oleh Jemaah haji.Sebab kekadang para Jemaah memandang remeh sebab mungkin lebih kurang sama dengan Kursus Intensif. Biasanya kursus perdana para bakal Jemaah akan didedahkan serba sedikit cara susunan khemah di Mina/ Arafat

9. Sebolehnya,ambilah suntikan vaksin tambahan.2 suntikan asas blh didadapati secara percuma dihospital kerajaan manakala yang tambahan 2 lagi atas pilihan para Jemaah.Kekadang jika sekiranya ada klinik swasta yang buat usahasama dengan TH cawangan, harga suntikan tambahan agak murah.Suntikan ni untuk kesihatan diri sendiri.

10. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan sebelum berangkat, bolehlah mula berlatih berjalan kaki..700m-1km ok dah sehari.Tak perlu berlari. Ini kerana kat Mekah biasanya jarak hotel ke Masjidilharam dalam lingkungan 700m – 1.2km..bergantung pada nasib. Itu sebab saya syorkan pohon dengan Allah agar kita menjadi tetamuNya yang paling istimewa. Sya syukur jarak 750m dan berjalan rata tanpa mendaki bukit.

11. Dari segi baju yang perlu dibawa,cadangan saya jangan bawak terlalu banyak.Sebab biasanya baju akan dibasuh setiap hari,boleh rotate.Kat mekah kalu jemur pakaian 3 jam dah kering.

12. Kalau lelaki, baju yang penting ialah baju Pagoda Berpoket..harga dalam RM18 sehelai..

13. Saya lebih syorkan pakai baju kurta berbanding dengan Jubah. Sebab kat Mekah kita banyak bergerak dan semasa melakukan tawaf lebih selesa..(itu pandangan saya yer..).kalu kain cotton lagi bagus..selesa..

14. Untuk tawaf, saya syorkan beli stokin tebal…stoking yang saya bebetul recommend (saya bukan agen yer) ialah stokin jenama Footlink..harga dalam RM32-RM35 sepasang..kalu tak silap..sebab wife yang beli..hihihi..mmng tebal dan bagus untuk tawaf..sya xsyor sangat kasut tawaf…sebab mudah terpijak oleh Jemaah lain semasa tawaf..bila dah terpijak..memang susah nak pakai kembali..sebab ramai Jemaah semasa tawaf

15. Kalu ada kasut jogging,elok bawak..nak guna masa pergi melontar..jauh jugak kalu totalkan jumlah KM berjalan untuk melontar….dalam lebih kurang 25km..pakai selipar nnti kaki mudah melecet…

16. Boleh jugak try cari kat Youtube,banyak ceramah haji dalam tuh. Blh dengar sambil bawak kereta

17. Saya suka membaca buku ni..50 Tips Motivasi Haji dan Umrah karangan Prof Muhd Kamil Ibrahim banyak info dan motivasi untuk bakal Jemaah haji..

18. Sya syorkan..bawaklah serunding ker..tempe ker…ikan bilis ker…tq kak Wan Norhati kirimkan bilis goreng..budu ke..sbb bila kat Mekah nanti,menu lebih kurang sama..Ikan Patin,Daging, Ayam atau Sotong..bawak banyak takpe..blh bagi sesama Jemaah lain..blh pahala..letak dalam satu beg..nanti beg kosong boleh bawak balik buah tangan..hihihi..kat Mekah nanti..kalu xde selera..Mee Segera yang menjadi pilihan….mungkin orang kata..ehh nak g makan ke kat Mekah..ya..memang perlu makan…untuk tenaga..

sumber : Wan Zul Azri via Keluarga.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *