, , ,

Ibu Meninggal Lepas Peluk Islam. Anak Takut Tiada Keluarga Yang Datang Tapi TERKEJUT Lepas 10 Jam… ALLAHUAKBAR

Subhanallah. Bila Islam Bersatu Dan Sayang Bersaudara Akan Jadi Kuat.

Ibu Meninggal Lepas Peluk Islam. Anak Takut Tiada Keluarga Yang Datang Tapi TERKEJUT Lepas 10 Jam… ALLAHUAKBAR | Salam.my – Seorang ibu yang baru masuk Islam telah meninggal dunia. Anaknya mula risau tiada ahli keluarga yang datang untuk tolong uruskan jenazah, yelah sebab tukar agama. Tapi lepas 10 jam “sesuatu” berlaku yang buat dia terkejut terus terduduk. Ada video. Allahuakbar.

MENINGGAL DUNIA SELEPAS 10 JAM PELUK ISLAM

Seorang mualaf yang baru sahaja memeluk Islam meninggal dunia hanya 10 jam selepas menerima Islam. Kedua orang anak lelakinya (juga memeluk Islam) mengeluarkan mesej meminta anggota masyarakat Islam untuk menghadiri pengebumian ibu mereka kerana mereka tidak mempunyai waris Muslim lain dalam keluarga untuk menjemput:

MESEJ KEPADA KOMUNITI ISLAM

“Pengebumian ibu saya disahkan dilakukan pada 19 Feb (2016) jam 11 pagi. Jalan 57 Elmbridge Hainault, Ilford, IG6 3SW.

“Solat Jumaat juga akan dilakukan di tapak itu.

“Tolong datang !!! Kerana kami adalah keluarga yang memeluk Islam dan tidak kenal ramai umat Islam untuk menjemput.

“Saya ingin untuk ada himpunan besar untuk ibu. Dia memeluk Islam 10 jam sebelum kematiannya alhamdulillah.

“Tolong sebarkan kepada semua kenalan kamu,” mesej itu berbunyi.

Tidak lama selepas itu mesej tersebut telah dikongsi secara meluas melalui pelbagai medium media sosial.

TERKEJUT DENGAN KEHADIRAN YANG RAMAI

Masyarakat Islam menjawab seruan itu dan jumlah mereka yang datang sangatlah ramai iaitu kira-kira 700-800 orang.

“Alhamdulilah kami baru sahaja solat jenazah untuk saudara perempuan yang memeluk Islam. Terdapat jumlah sambutan yang sangat baik dari masyarakat. ”

Berikut adalah video dari pengebumian:

Keluarga itu mengatakan bahawa mereka telah dibanjiri dengan sokongan ramai. Ini benar-benar menunjukkan ikatan persaudaraan yang kuat sesama Muslim.

Orang asing sanggup datang ke pengebumian seseorang yang belum pernah mereka kenali. Semoga Allah memberikan saudara perempuan kita ini syurga yang tertinggi. Ameen.

sumber: Khalifah Mail Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *