Artikel ini merupakan catatan perjalanan Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin ketika berada di Palestin. Beliau juga merupakan pengacara Rancangan Usrah TV9. Bermula pada tahun 2003, beliau mula merantau ke serata negara Arab, membuat lawatan, bertalaqqi dengan ulamak yang ditemui, mengambil sanad dari mereka di Yaman, Syria, Jordan, Lubnan, Turki, Maghribi, Mesir, Iran dan lain-lain negara.
Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya (sahabat hamba Allah) dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar syarahan yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam syarahannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang.
Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal mereka.
Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun.
Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem , beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula.
Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s).
Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambing negara Israel.
Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampiri saya, memberi salam dan memegang bahu saya.
Aku tahu apa yang engkau fikirikan kata beliau.
Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan ? Beliau menambah.
Saya hanya menganggukkan kepala.
Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa.
Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada, katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.
Emmm, kenapa ya? Tanya saya ingin mengetahui lanjut.
Sebenarnya, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kanan. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kanan menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kanan yang telah Islam.
Orang Kanan merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada.
Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan marmar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kanan di sini .
Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.
Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel . Kata saya.
Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu.
Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang.
Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,
Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu.
Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kanan adalah penduduk asal di sini.
Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.
Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.
Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan .
Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka. Sebab itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza . Orang kaya semakin kaya dengan syarikatnya. Coca cola tidak diboikot di Palestin. Iklan terpampang besar di sana sini.
Benarlah kata hukama:-
Jika mahu membunuh tanaman, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka
Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia. Terlalu banyak sejarah yang telah di putar belitkan oleh musuh.
Wallahualam.
SIMBOL HEXAGRAM (BINTANG DAUD / COP MOHOR SULAIMAN)
Umum semua tahu simbol hexagram (star of david, maggen david, seal of solomon, najmat dawud, khatem sulaiman, cop sulaiman, perisai daud) atau apa sahaja namanya pada hari ini adalah simbol yang disatukan dengan kaum yahudi dan judaism, pihak israel menggunakan simbol ini di bendera mereka.
Simbol ini boleh dikatakan terdapat dalam pelbagai agama, dan kebudayaan lain di seluruh dunia, seperti kristian, hindu, buddha, kabbalah dan juga islam.
Simbol ini diperakui sebagai simbol identiti judaism dan yahudi hanya semenjak tahun 1800. Pada abad ke-17 meletakkan simbol ini di luar sinagog adalah amalan popular untuk memberitahu kepada orang ramai itu adalah rumah ibadat mereka seperti mana orang kristian meletak simbol salib di gereja. Semenjak kurun ke-17 sahaja simbol ini mula mewakili komuniti yahudi.
Simbol ini sebenarnya adalah ” simbol yahudi yang baru. ” Dalam cerita rakyat yahudi, simbol ini adalah simbol yang ada pada perisai King David (Raja Daud) yang dipakai semasa pergi berperang. Walau bagaimanapun teori ini disanggah kerana mengikut tradisi lambang yahudi adalah Menorah.
Simbol ” star of david ” dalam islam
Pada abad pertengahan (medieval) simbol ini dikenali sebagai ” seal of solomon ” adalah simbol biasa dalam islam. Pada zaman empayar turki uthmaniyah simbol ini digunakan sebagai perhiasan di masjid, syiling dan bendera peribadi pasha (gelaran untuk pangkat tinggi dalam sistem politik empayar turki uthmaniyah).
Simbol ini juga digunakan sebagai bendera negeri Karamanoğlu, pada kurun ke-13 negeri ini adalah antara negeri terkuat di Anatolia. Pada zaman ini dikenali sebagai wilayah karaman. Kerajaan Emiriah Candaroğlu juga mengunakan simbol ini pada bendera kerajaan.
Simbol ini juga boleh dilihat di masjid-masjid di seluruh dunia termasuk di Malaysia (Masjid Zahir Alor Setar Kedah)
sumber: Facebook