Ibu mana tak terharu bila anak 7 tahun bagitau, “Mak, mak adik tak boleh stop baca Quran ni, dah ketagih” .. Akhirnya selepas didesak ramai, ibu tersebut berkongsi 5 tips yang membuatkan anak dia suka sangat baca dan hafaz quran. Subhanallah. Cepat2 BACA dan KONGSI tips ni ye. Semoga bermanfaat buat semua pembaca Salam.my 🙂
Walaupun zaman teknologi semakin canggih, masih ramai ibu yang berkesedaran untuk memupuk pendidikan Al-Quran sedari awal. Tidak dinafikan, ianya adalah asas yang penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Perkongsian penuh inspirasi kali ini adalah daripada FB Puan Siti Aminah Sulaiman yang menceritakan pengalamannya sendiri mempraktikkan cara hafal Quran kepada anak di samping menanamkan cinta terhadap ayat-ayat suci tersebut.
Sehingga kini, anak lelaki beliau, Muizzudin, yang baru berusia 7 tahun, telahpun menghafal lebih 6 juzu’ Al-Quran. Mari kita ikuti tips yang dilakukan oleh ibu ini dan cara hafal Al-Qu’ran yang sekaligus membuatkan hati anaknya ‘melekat’ padanya.
Mudah-mudahan, kisah ini dapat menjadi semangat dan pengajaran buat ibu ayah yang ingin mencari cara hafal Quran yang terbaik untuk anak masing-masing.
sumber: Facebook Siti Aminah Sulaiman