Salam.my – Baru-baru ini Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mendapat pengiktirafan oleh media China dengan menamakan beliau sebagai antara tiga doktor terbaik dunia dalam mengendalikan Covid-19.
Perkara tersebut pastinya membuatkan seluruh rakyat Malaysia khususnya bangga dan kagum atas kewibawaan beliau yang begitu tenang dalam menangani masalah ini.
Siapa sebenarnya Dr Noor Hisham Abdullah? Baca biodata beliau di sini.
Dr Noor Hisham Ucap Terima Kasih Atas Penghargaan
Oleh hal yang demikian, menerusi sidang media Perkembangan Covid-19 di Malaysia hari ini, beliau telah mengucapkan terima kasih diatas pengiktirafan tersebut.
Bukan Penghargaan Untuk Beliau Seorang
Walau bagaimanapun menerusi Harian Metro, beliau dengan rendah diri memaklumkan bahawa pengiktirafan itu bukanlah untuk dirinya seorang, tetapi untuk negara tercinta.
Pengiktirafan itu bukan untuk saya tetapi untuk negara. KKM memberikan nasihat (kepada kerajaan) dan pastinya yang membuat keputusan bukanlah saya tetapi sebenarnya adalah Perdana Menteri.
-Dr Noor Hisham
Ucap Terima Kasih Kepada Frontliner
Dalam pada masa yang sama, Dr Noor Hisham turut menyatakan bahawa KKM ingin mengucapkan terima kasih kepada semua barisan petugas kesihatan serta agensi kerajaan yang sama-sama berganding bahu dalam menangani masalah pendemik Covid-19 ini.
Perintah Kawalan Pergerakkan yang diumumkan kerajaan sangat membantu pihak KKM dalam mengurangkan rantaian penularan pendemik tersebut.
KKM ucapkan terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan sebagainya yang gigih mengawal sempadan negara. Penghargaan juga kepada mereka dan barisan hadapan kesihatan yang tampil ikhlas bekerja.
-Dr Noor Hisham
Semalam, Dr Noor Hisham dan dua lagi tokoh perubatan iaitu Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr Ashley Bloomfield (New Zealand) diangkat sebagai ‘wajah paling dipercayai’ khususnya dalam menangani pandemik Covid-19 ketika ini.
Perkara tersebut dinyatakan menerusi media China dan telah tular ke serata dunia.
sumber : Harian Metro