,

Misi Membina Masjid Pertama Di Okinawa, Jepun

Okinawa buat masa ini hanya mempunyai sebuah tempat solat dalam kontena yang hanya memuatkan kurang 100 orang dalam satu masa.

Kami mengajak Tuan/Puan dan semua rakyat Malaysia membantu saudara muslim kita di Okinawa, Jepun bagi merealisasikan pembinaan MASJID PERTAMA di pulau itu.

Satu-satunya musolla (kontena berwarna hijau) di Okinawa, Jepun buat masa ini. Muslim di Okinawa terdiri dari pelbagai kaum, termasuk warga Jepun yang menetap di sana.

Okinawa merupakan salah satu wilayah di bahagian selatan Jepun dengan populasi seramai lebih 1.4 juta penduduk, buat masa ini hanya mempunyai sebuah tempat solat dalam kontena yang hanya memuatkan kurang 100 orang dalam satu masa.

Pulau Okinawa terletak di bahagian selatan Jepun, mempunyai iklim tropika (lebih kurang macam Malaysia). Fakta menarik berkaitan Okinawa adalah ramai pesara di Jepun memilih untuk menetap di Okinawa kerana pulaunya yang tenang dan damai, serta kurang risiko gempa bumi atau tsunami berbanding tanah besar Jepun.

Sebagai muslim, hendaklah kita membantu pembangunan Islam saudara-saudara kita walau di mana mereka berada. Dengan pembinaan masjid pertama di Okinawa, kerja-kerja ibadah dan dakwah lebih mudah dilaksanakan di sana. Mana tahu, dengan bantuan kecil kita, Islam semakin tersebar dan meluas di Jepun?

Keterangan alamat, website, email, no telefon dan senarai jawatankuasa Masjid Okinawa boleh dilihat dalam gambar ketiga. Tuan/Puan boleh hubungi mereka untuk info lanjut. Anda juga boleh hubungi brother Aasim Bashir atau wakil rakyat Malaysia yang menetap di sana Puan Milah Yamazato jika terdapat sebarang persoalan berkaitan.
Group Facebook: http://fb.com/groups/okinawamasjid/

Bantuan boleh disalurkan melalui:
1. Akaun Paypal: okinawamasjid@gmail.com
2. Akaun Maybank 108289007663 (Kasmah Binti Mohamad)

# BANTU saudara muslim kita di Jepun
# SHARE post ini supaya sampai ke kenalan anda, seramai yang mungkin bagi membantu merealisasikan projek MASJID PERTAMA di OKINAWA, JEPUN, in sya Allah.

« مَنْ بَنَى للهِ مَسْجِدًا يَبْتَغِيْ بِهِ وَجْهَ اللهِ؛ بَنَى اللهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ »

Sesiapa yang membina Masjid yang dengannnya dia menginginkan redha Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga. (HR al-Bukhari dan Muslim daripada Sayyiduna ‘Uthman r.a)

Jazakallahu Khair, TQVM

Salah satu promosi Projek Masjid Okinawa yang disediakan oleh jawatankuasa Masjid Okinawa (Okinawa Masjid Committee). Senarai ajk dan semua details boleh didapati dalam poster ini

Team Salam.my & Okinawa Masjid Committee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *