Salam.my – Terdapat sebuah laporan memaklumkan yang Jepun akan sediakan tempat solat atau Prayer Room di setiap lebuh raya di Jepun. Alhamdulillah, jika ia jadi kenyataan, umat Islam yang berkunjung ke negara Matahari Terbit itu akan lebih mudah menunaikan solat dan ibadah.
Bagi orang Islam tempat solat dan makanan halal menjadi keutamaan apabila hendak perg melancong ke luar negara.
Negara yang majoritinya Muslim sudah tentu lebih menyenangkan dan memudahkan perjalanan kita.
Namun kini, kerajaan Jepun akan mula sediakan tempat solat di setiap lebuhraya di Jepun. negara matahari terbit ini sentiasa menjadi pilihan popular dalam kalangan rakyat Malaysia untuk melancong.
Kalau sampai di Osaka, sangat mudah untuk anda terserempak dengan rakyat negara kita di sana. Makanan yang halal tiada masalah untuk didapati di negara itu. Malah, ruang solat juga ada disediakan di kompleks beli-belah atau tempat-tempat tumpuan pelancong.
Boleh dikatakan negara Jepun ketika ini sangat mesra muslim untuk dilawati oleh penganut agam Islam.
Perkongsian di Twitter mohamadasfaiznizambinhamid @asfaiznism ini telah mendapat 20 ribu likes dan 14 ribu talking about.
Jepun dikenali sebagai negara yang sangat menghormati agama dan budaya pengunjungnya. Sama-sama kita doakan agar rakyat Jepun diberikan hidayah dan semoga satu hari nanti Jepun menjadi negara Islam dengan izin Allah. Amin
sumber: asfaiznism via Siakap Keli