Universiti Perundangan Harvard (Harvard Law School), yang merupakan Universiti Perundangan tertua di Amerika, memaparkan petikan dari salah satu ayat Al-Quran di pintu masuk perpustakaan fakultinya. Ayat Al-Quran itu ditafsirkan sebagai kenyataan keadilan terhebat sepanjang sejarah.
Ayat 135 dalam Surah An-Nisa, dipamerkan pada dinding berhampiran pintu masuk utama fakulti. Petikan Al Quran itu didedikasikan sebagai ayat terbaik tentang keadilan.
“Fakulti Perundangan Harvard menyebut ayat suci sebagai salah satu sumber terhebat tentang keadilan sepanjang sejarah,” tulis surat khabar Arab Saudi ‘Ajel’ seperti dari sumber Emirates247.
Ayat Al-Quran itu diukir di tembok yang menghadap pintu masuk utama Fakulti Perundangan Harvard. Seperti ditulis Ajel, Harvard mengabadikan ayat tersebut sebagai kata-kata terbaik tentang keadilan.
Didirikan pada tahun 1817, Harvard merupakan universiti perundangan tertua di Amerika Syarikat dan merupakan pusat bagi perpustakaan akademi perundangan terbesar di dunia. Bekas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama merupakan salah satu alumni universiti tersebut.
Kampus Harvard Law School juga merupakan pusat falsafah bagi para mahasiswa perundangan. Di dinding kampus itu, di beberapa tempat, tertulis kutipan dari para ahli falsafah, antaranya Thomas Aquinas, Augustine of Hippo, Magna Carta, Sir William Blackstone, Marian Wright Edelman, dan lain-lain. Terdapat juga petikan ayat Al-Quran, Surah An Nisa 4:135.
O ye whi believe!
Stand out firmly for justice, as witnesses
To Allah, even as against
Yourselves, or your parents,
Or your kin, and whether
It be (against) rich or poor:
For Allah can best protect both.
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah walaupun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. (Surah An-Nisa Ayat 135)
Menurut Harvard Information Center, petikan ayat tersebut menggambarkan kepelbagaian konsep keadilan di seluruh dimensi waktu dan budaya.
Kampus di jalan Massachusetts Avenue itu ditumbuhi pohon-pohon yang tinggi. Halaman yang luas. Ruangan yang bersih dan rapi. Kantin yang dipenuhi sofa yang nyaman untuk belajar. Perpustakaan yang lengkap. Semua itu membangun kualiti akademik dan mental mahasiswa yang baik. Namun kutipan-kutipan pernyataan itu sudah pasti merupakan yang paling menarik.
Beverly Garretts, dari Harvard Information Center, tidak tahu cara menjelaskan tentang adanya kutipan Al-Quran tersebut. Dia hanya angkat bahu. Menurutnya, semua kutipan tersebut akan bermanfaat dan boleh memberi inspirasi mahasiswa dalam menghayati dasar-dasar hukum.
sumber: kabarmakkah.com