Salam.my – Dunia digemparkan dengan insiden kebakaran besar di Australia, seorang paderi turut menyertai umat Islam berdoa “Hari ini saya menyertai saudara Muslim saya di Adelaide mendoakan agar hujan turun,”
Adelaide – Berikutan krisis kebakaran yang semakin parah, sekumpulan penganut agama Islam berkumpul dan menunaikan solat sunat Istisqa’ (solat minta hujan) secara berjemaah di sini.
Lebih 50 lelaki, wanita dan kanak-kanak berkumpul di Bonython Park untuk menunaikan solat sunat berkenaan, mendoakan para petani serta mangsa yang terjejas.
Paderi Patrick McInerney dari pusat Hal Ehwal Kristian dan Muslim turut menyertai program berkenaan.
“Hari ini saya menyertai saudara Muslim saya di Adelaide mendoakan agar hujan turun,” katanya.
“Rakan saya, Professor Mohamad Abdalla memberikan khutbah menekankan (kepentingan) taubat dan kebergantungan kepada Tuhan yang Maha Pemberi Rezeki dan Maha Mengasih.
Sudah pasti, ada hikmah yang berlaku di sebalik kebakaran di Australia ini. Kisah di atas adalah salah satu hikmahnya, perpaduan sesama rakyat. Sama-sama kita doakan agar bencana di Australia lekas redha dan penduduk-penduduk di sana dibukakan hati menerima hidayah dan memeluk Islam. Amin
Sumber: Daily Mail, The Bangkok Post via Siakap Keli