, , ,

Lelaki Belanda Ini Mengembara Hampir 60 Negara, Bertemu Pasangan Hidup Dan Memeluk Islam Jadi Inspirasi Buat Netizen

Bagaimana Michael yang berusia 29 tahun dari Belanda bertemu pertama kali dengan Adin Lubis, 22 tahun ini?

Hubungan antara agama yang berbeza sentiasa amat sukar untuk dikekalkan kerana perbezaan besar antara budaya, agama dan gaya hidup antara pasangan itu.
 
Namun, berlainan bagi pasangan ini yang berjaya membuktikan sebaliknya. Tetapi bagaimana Michael yang berusia 29 tahun dari Belanda bertemu pertama kali dengan Adin Lubis, 22 tahun dari Indonesia?
 
Michael berkongsi kisahnya pertama kali bertemu Adin ketika beliau sedang mengembara di sekitar Asia Tenggara.
 
Ketika mengembara di Asia Tenggara, saya fikir adalah lebih baik untuk menghabiskan bulan Ramadan dengan keluarga Muslim tempatan. Selepas menghabiskan masa di media sosial, saya menjumpai Adin dan mula menghantar mesej kepadanya. 
 
Apa yang mengejutkan saya ialah dia menjemput saya untuk tinggal selama 3 hari bersama keluarganya di Medan, Indonesia sempena bulan Ramadan.
 
Tapi sebaliknya berlaku, saya tidak tinggal selama 3 hari, malah ianya menjadi selama 3 minggu dan itulah bagaimana kisah kami bermula.”
 
Michael juga menambah walaupun jurang budaya itu sangat besar tapi mereka tidak mempunyai sebarang masalah dalam perkahwinan mereka.
 
“Saya cintakan dia kerana dia Adin dan dia cintakan saya kerana saya Michael. Bangsa, warna kulit dan tempat dimana kita membesar tidak mempunyai apa-apa kaitan dengannya. 
 
Hakikat bahawa kami datang dari budaya yang berbeza sebenarnya adalah satu bonus yang sangat bagus! Kami mempunyai banyak benda untuk ditunjukkan dan belajar antara satu sama lain. Dan tak lama lagi saya harap dapat membesarkan anak kami dengan apa yang terbaik dari kedua-dua dunia”
 
Sebagai pengembara Michael tidak pernah tinggal di hotel ataupun hostel. Dia menetapkan untuk tinggal bersama keluarga tempatan dan dia telah berbuat sedemikian di lebih 60 buah negara!
 
“Kebanyakkan keluarga angkat saya yang berada di Indonesia dan Malaysia adalah keluarga Islam. Mereka tidak pernah meminta saya untuk tukar agama, tetapi mereka tunjukkan kepada saya cara hidup mereka.
 
Itulah yang membuatkan saya tertarik dan ingin mengenal Islam secara lebih dekat. Saya membuat keputusan untuk mengambil kelas tentang Islam di masjid-masjid sekitar Kuala Lumpur dan Jakarta. 
 
“Walaupun ketika saya masih mengambil kelas-kelas untuk mengenal Islam dengan lebih mendalam, guru-guru tidak pernah memaksa saya untuk memeluk Islam. Setelah beberapa minggu berdiskusi, membaca al-quran dan belajar cara mendirikan solat, saya sedar bahawa dengan memeluk Islam adalah keputusan paling tepat dalam hidup saya.
 
Dan akhirnya Michael memeluk Islam. Michael dan Adin ketika ini tinggal dan bekerja di Belgium.

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *