Salam.my – Benarkah orang Yahudi cerdik? Ini penjelasan oleh Ustaz Auni apa yang orang Yahudi amalkan hari ini sehingga mereka jadi orang yang bijak dan mampu melebihi umat lain walaupun bilangan mereka sedikit.
Tonton video ini dan dengar penjelasan Ustaz Auni tentang orang Yahudi dan sebuah kisah dua sahabat, seorang muslim dan seorang Yahudi.
Antara point yang disebut dalam video ceramah Ustaz Auni ini ialah amalan pemakanan orang Yahudi yang mengikut sunnah setiap hari. Mereka mengamalkan pemakanan sihat seperti susu kambing, kismis, dan kacang badam.
Tetapi apa yang kita umat Islam makan sehari-hari ialah apa yang orang Yahudi cipta; breakfast seperti Corn Flake dan Oat yang dikatakan pemakanan sihat. Junk food seperti Coke / Coca Cola, KFC, McDonalds dan Subway juga menjadi ketagihan kita.
Minuman Coke atau Coca Cola contohnya, mereka tidak minum, sebenarnya minuman Coke ni lebih sesuai dijadikan bahan pembersihan. Menurut Ustaz Auni, Coke sesuai dijadikan agen pembersih jamban! Dan itulah yang kita minum selalu.
Dalam ceramah Ustaz Auni ini juga ada dikongsikan kisah seorang Yahudi yang licik dengan rancangannya, menarik untuk kita jadikan pengajaran.
Semoga kita belajar sesuatu dari video Ustaz Auni ini dan berazam untuk berubah menjadi hamba Allah yang lebih baik.
Ingat, kita adalah apa yang kita makan. Islam mengajar kita mencari makanan yang halal dan baik, bukan setakat halal sahaja.