Terbongkar! Kos Sebenar Perbelanjaan Agong Bukan 250 Juta, Tapi… | Salam.my – Baru-baru ini agak kecoh tentang isu jumlah perbelanjaan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V apabila nilai perbelanjaan bagi tempoh 16 bulan pemerintahan dikatakan mencecah RM250 juta seperti ditulis oleh tokoh wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.
Ekoran isu itu, rakyat mula sangsi sehingga netizen mengeluarkan berbagai kenyataan bercampur baur. Kes ini mendapat perhatian dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang berkata, satu kertas siasatan dan dakwaan telah dibuka mengikut Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah.
Isu ini turut mendapat perhatian dari Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata, adalah tidak wajar perbelanjaan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dipolemikkan.
Susulan isu ini yang mana dilihat rakyat begitu bebas bersuara di media sosial selari dengan Malaysia Baru, adalah sewajarnya sebelum mengkritik atau memberikan pandangan, amat wajar sekali mendapatkan fakta dan sumber sahih.
Memandangkan isu ini agak panas, Friends Of Istana Negara dalam satu kenyataan di laman rasmi facebook mereka berkata jumlah sebenar perbelanjaan Agong hanya RM79,284,717.50 dan disahkan oleh kakitangan Istana Negara dan bukannya seperti dilaporkan iaitu RM250 juta bagi 16 bulan tempoh pemerintahan.
Kos ini meliputi pertabalan Baginda serta melibatkan beberapa istiadat rasmi. Malah apa yang baiknya, jumlah perbelanjaan Sultan Muhamad V ini jauh lebih rendah berbanding kerajaan beraja negara jiran iaitu Thailand yang memperuntukkan USD123 juta bagi Raja Thailand.
Pewatakan warak Agong, Sultan Muhammad V sering mendapat perhatian rakyat yang menyanjung tinggi pekertinya
Sultan Muhammad V dalam satu lawatan ke pusat tahfiz yang terbakar tahun lalu
Kenyataan Penuh
Kami sangat kecewa bahawa blog dan berita yang tidak disahkan baru-baru ini menyebarkan tentang perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Berita-berita ini seolah-olah menimbulkan syak-wasangka mengenai pentadbiran dan perbelanjaan Istana Negara.
Ia seolah-olah satu usaha oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan reputasi Duli Yang Maha Mulia, Yang di-Pertuan Agong dan peranan Baginda sebagai pembela perlembagaan Malaysia dan hak-hak Melayu dan Bumiputera dan semua warganegara Malaysia. Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara Malaysia yang kita cintai.
Terdapat kenyatan yang dibuat oleh bekas ketua editor NST yang menyebut bahawa perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong adalah melebihi 250 juta ringgit untuk tujuan penginapan, kediaman dan istana, barangan peribadi, pesawat dan peralatan pengangkutan, latihan dan pengiring, pakaian dan upacara, hadiah dan cenderahati, lawatan ke luar negeri dan gaji kakitangan istana.
Kami ingin menegaskan bahawa perbelanjaan rasmi Yang di-Pertuan Agong dari 16 Disember 2016 sehingga 30hb April 2018 (tempoh 16 setengah bulan) adalah RM79,284,717.50. Ini adalah kos sebenar yang disahkan oleh kakitangan Istana Negara dan bukannya berita palsu dan tidak disahkan.
Perbelanjaan termasuk kos untuk menjalankan tugas rasmi yang termasuk lawatan diplomatik oleh Yang di-Pertuan Agong kepada pelbagai ketua negara untuk menjalin hubungan baik antara Malaysia dan negara-negara lain.
Perbelanjaan juga mencerminkan kos upacara Penabalan Yang di-Pertuan Agong dan juga kos penyelenggaraan keselamatan dan latihan pasukan keselamatan yang melindungi Yang di-Pertuan Agong.
Jika dilihat dari perspektif lain, kos ini sebenarnya sangat sederhana jikalau dibandingkan dengan kos yang ditanggung oleh Monarki dari negara lain.
Sebagai contoh, Reuters melaporkan bahawa bajet untuk Raja Thailand adalah USD123 juta iaitu sebanyak setengah bilion ringgit. Ini tidak termasuk kos untuk mengekalkan kepentingan perniagaan-perniagaan kerabat diRaja Thailand.
Menurut Republic Campaign Ltd, sebuah organasasi non-profit di UK, kerabat diRaja United Kingdom menelan belanja UK sekitar 345 juta pound setiap tahun iaitu lebih dari 1.8 bilion ringgit.
Kami ingin menyeru kepada rakyat Malaysia untuk mengabaikan laporan berita-berita dongeng yang diviralkan sekarang yang bertujuan untuk melemahkan peranan Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi Malaysia dan kepentingan semua rakyat Malaysia. Sila laporkan semua berita yang palsu dan tidak disahkan kepada pihak berkuasa yang sesuai bagi mereka untuk mengambil tindakan yang diperlukan.
Daulat Tuanku
#IstanaNegara
#DaulatTuanku
#iwillstandbymyking
We are very disappointed that the recent unverified blogs and news being spread about the spending of His Royal Majesty, the Agong of Malaysia. These news seems be casting aspersions on the administration and expenses of the Istana Negara.
It seems like an effort by certain quarters to undermine the reputation of His Royal Majesty and his role as the defender of the constitution of Malaysia and the rights of the Malays and Bumiputera and all citizens of Malaysia. The Yang Di-Pertuan Agong is the head of state of our beloved Malaysia.
There was a post made by a former chief editor of NST alluding that the expenses for the Agong is at a quarter of billion ringgit that have been spent by the Yang di-Pertuan Agong for purposes of accommodation, residence and palace, personal items, aircraft and transportation, training and escort equipment, clothing and ceremonial items, gifts and souvenirs, overseas visits and salaries of palace staff.
We would like to provide clarification to this as the official expenses of the Yang di-Pertuan Agong from the 16th of December 2016 until the 30th of April 2018 (a period of 16 and a half months) was RM79,284,717.50. These are the actual cost as provided by the official royal household which is available for public scrutiny and not some made up and unverified news.
The expense include the costs incurred by the Royal household for the conduct of official duties which includes diplomatic visits by the Yang di-Pertuan Agong to various heads of state to garner good relations between Malaysia and other countries.
The expenses also reflects the one time cost of the installation ceremony of the Yang di-Pertuan Agong and also the cost of maintaining the security and training of the security team that protects the Yang di-Pertuan Agong.
To put it into perspective, this cost compares very modestly to the costs incurred by other Monarchies from the world.
For example, Reuters reported that the budget for the Thai monarchy is at USD123million which is around half a billion ringgit. This does not even include the costs to maintain the behemoth business interests of the Thai monarchy.
According to the Republic Campaign Ltd, a non-profit in the UK, The United Kingdom Royal Family cost the UK around 345 million pounds annually which equals to over 1.8 billion ringgit.
We would like to call upon our fellow citizens of Malaysia ignore and report these vitriol news being circulated around that aims to undermine the role of the Yang di-Pertuan Agong to protect Malaysia and all Malaysians. Please do report all fake and unverified news to the appropriate authorities for them to take the necessary actions.
Daulat Tuanku
#IstanaNegara
#DaulatTuanku
#iwillstandbymyking