Inilah Kisah Pemain Liverpool Mohamed Salah Yang Ramai Tak Tahu | Salam.my – Ramai mengenali pemain Liverpool Mohamed Salah sebagai seorang yang licik dan kerap menjaringkan gol. Salam.my kongsikan kepada anda fakta tentang Mohamed Salah dan bagaimana beliau telah mengubah masyarakat England dan pandangan mereka terhadap Islam.
Fakta Pemain Liverpool Mohamed Salah
Nama Penuh: Mohamed Salah Ghaly
Tarikh Lahir: 15 Jun 1992
Tempat Lahir: Nagrig, Gharbia, Egypt
Ketinggian: 1.75 m (5 ft 9 in)
Posisi: Forward
Sejarah Kelab Bolasepak Mohamed Salah
2010–2012 El Mokawloon
2012–2014 Basel
2014–2016 Chelsea
2015-2015 → Fiorentina (loan)
2015–2016 → Roma (loan)
2016–2017 Roma
2017– now Liverpool
Mohammed Salah berkahwin dengan Maggi pada tahun 2013. Mereka dikurniakan anak perempuan bernama Makka yang dilahirkan pada tahun 2014. Anak perempuannya dinamakan sempena bandar paling suci dalam Islam iaitu Mekah dan dilahirkan di Westminster Hospital di barat daya London. Salah merupakan seorang Muslim dan sering meraikan gol dengan melakukan sujud. Peminat Liverpool mencipta lagu “Good Enough”, dan mereka mengatakan bahawa jika Salah terus menjaringkan gol, mereka akan masuk Islam. Salah memberikan persetujuannya untuk menyanyikan lagu tersebut, dan ia telah disebut sebagai contoh keterangkuman.
Salah digelar “Firaun” oleh akhbar dan peminatnya kerana skill bermain bolasepaknya yang hebat. Baru-baru ini, Salah diberi gelaran “Raja Mesir” oleh penyokong Liverpool, yang timbul dari lagu “Sit Down” oleh band England James.
Selain itu, lagu “I’ll Be Muslim Too” juga telah dicipta oleh peminat-peminatnya seperti berikut:
Bagaimana Mohamed Salah Mengubah Masyarakat England?
Musim ini Mohamed Salah sebagai pemain sayap menyerang Liverpool telah menjaringkan 31 gol dari 37 perlawanan, satu rekod luar biasa dan sebelum ini beliau mendapat Anugerah Pemain Terbaik Afrika dan telah membawa Mesir layak ke Piala Dunia.
Oleh kerana itu beliau diminati oleh masyarakat England yang mana stadium di England terkenal dengan rasis tapi Salah mengubah semua itu.
CEO persatuan pencegahan rasis di England mengatakan fenomena Salah merupakan perkara luar biasa dan meruntuhkan sikap rasis peminat bola Engalnd.
Ia juga mengurangkan begitu banyak Islamfobia dikalangan rakyat England yang sebelum ini sangat teruk berlaku. Ini kerana sikap dan akhlak Salah di dalam dan luar padang yang sentiasa bersujud selepas menjaringkan gol, sentiasa membawa Al Quran, sentiasa solat Jumaat di masjid.
Sikap beliau ini memberi kesan sangat positif dikalangan masyarakat England terhadap Islam dan bangsa bukan kulit putih.
Sehinggakan ada peminat menulis “Jika Salah terus menjaringkan gol, kita akan raikan dengan melaungkan azan”, “Saya sanggup memeluk Islam demi Salah”.
Promosi Vodafone Egypt Meraikan Gol Salah
Vodafone Egypt mengumumkan akan memberi 11 minit percuma kepada pelanggannya, untuk setiap gol yang dijaringkan Mohamed Salah mulai sekarang hingga tamat musim ini.
Salah yang menjadi duta Vodafone mulai musim ini, turut terlibat dalam video promosi terbaru Vodafone & angka 11 yang diberikan Vodafone itu sudah pasti sebagai simbolik nombor jersi beliau di Liverpool.
sumber: FB Ustaz Mohd Mahyuddin Mohd Yusoff, FB Kelab Peminat Liverpool Malaysia, Youtube
Pingback:Inilah Kisah Pemain Liverpool Mohamed Salah Yang Ramai Tak Tahu – Last Kopek
Pingback:Inilah Kisah Pemain Liverpool Mohamed Salah Yang Ramai Tak Tahu – Wak Dogol