13 Nasihat Tun Mahathir Kepada Kaum Melayu Ini Buat Ramai Sentap! #8 Paling Deep | Salam.my – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan sempena ulangtahun kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menggariskan kesalahan yang perlu diakui dan diperbetulkan oleh orang Melayu.
Melayu perlu mengaku bersalah apabila tidak bekerja sekuat orang lain dan tidak mengambil berat tanggungjawab masing-masing. Jelasnya, Melayu kurang menguasai ilmu dan maklumat selain lebih suka menyerahkan kerja kepada orang lain.
“Kita cepat menuntut hak. Gaji dan upah perlu tinggi. Tetapi kita kerap membawa M.C. apabila tidak hadir untuk bekerja. Ada sahaja sebab.
Advertisement
“Kerana kita tidak sanggup bekerja maka pekerja asing membanjiri negara kita. Tanpa mereka negara kita tidak dapat dibangun. Jika banjir ini membesar dan mereka tinggal lama di negara kita, secara tidak langsung atau secara langsung mereka akan memiliki negara kita.
“Anak dara kita akan berkahwin dengan mereka. Negara kita ini akan jadi lebih berbilang kaum dan kita pun akan undur ke pinggir hutan setelah menjual hartanah kita kepada orang lain,” katanya semasa Majlis Sambutan Ulang Tahun Kedua Bersatu di Stadium Melawati di sini, hari ini.
Tegasnya, penubuhan Bersatu adalah kerana UMNO tidak dapat diperbaiki dan Melayu masih tidak dapat menerima parti berbilang kaum.
“Jika UMNO perlu diganti dengan parti lain, maka parti itu mestilah parti Melayu yang mendapat sokongan orang Melayu,” ujarnya.
Jelas Dr Mahathir, kuasa Bersatu sebagai anggota Kerajaan campuran akan digunakan bagi menjayakan orang Melayu dan mengurangkan jarak ekonomi dengan kaum-kaum lain.
“Kita akan cipta dasar, peluang dan mengadakan kemudahan bagi orang Melayu meningkatkan prestasi mereka. Tetapi kali ini kita akan tentukan segala yang diberi kepada orang Melayu tidak akan
disalahgunakan oleh mereka.
“Jualan pemberian tidak akan dibenar. Kita akan tentukan mereka dilatih dengan cara-cara mengurus, terutama pengurusan wang. Kita akan semai ke dalam hati sanubari mereka nilai-nilai yang mulia.
“Kita tidak akan teragak-agak bertindak terhadap penyelewengan. Kita akan tentukan hanya mereka yang terlatih atau berpengalaman sahaja akan diberi pertimbangan semasa menilai tawaran mereka dalam tender,” katanya.
Tegasnya, mereka yang berjaya mendapat lesen, AP, kontrak dan lain-lain mesti dilaksanakan sendiri.
“Jika dijual atau dipindah kepada orang lain, samada Melayu atau bukan, maka lesen, AP, kontrak akan dibatalkan. Oleh itu hanya mereka yang mampu melaksana sendiri sahaja perlu memasuki tawaran.
“Sokongan dari Menteri atau pembesar akan diketepikan. Ini termasuk sokongan oleh
Perdana Menteri. Penilaian akan diasaskan kepada kewangan, kecekapan dan pengalaman.
Bagi yang belum ada pengalaman, bekerjalah dalam jurusan pilihan dahulu,” katanya.
Dr Mahathir berpendapat, setiap orang Melayu perlu berani mengaku kesalahan untuk melangkah ke hadapan dan memperbetul kesilapan supaya mendapat nikmat oleh Allah SWT.
Berikut kesalahan orang Melayu yang disenaraikan oleh Pengerusi BERSATU yang juga penulis Dilema Melayu itu:
PERLU RAJIN
1. Orang Melayu tidak bekerja sekuat orang lain
2. Orang Melayu tidak ambil berat tanggungjawab
3. Orang Melayu kurang meneliti sebelum buat keputusan dan bertindak
4. Orang Melayu kurang kuasai ilmu dan maklumat yang diperlukan untuk buat keputusan
5. Orang Melayu lebih suka serah kerja kepada orang lain
6. Orang Melayu cepat menuntut hak. Mahu gaji tinggi tetapi kerap bawa M.C. apabila tidak hadir bekerja
“Tanpa izin saya berani mendakwa kita malas. Kita lebih suka serah kerja kepada orang lain. Hari ini kita dapati ramai orang asing datang bekerja di negara kita. Kenapa? Kerana kita tidak sanggup bekerja. Pergilah ke tempat kerja dan kita tidak akan bertemu dengan pekerja kita.Ya, memang kerja itu berat. Mungkin kotor dan berbahaya. Kita cuma cari kerja yang ringan, dikilang berhawa dingin. Tetapi disitu pun daya keluaran atau produktiviti kita rendah” – Tun Dr Mahathir Mohamad
BERAMANAH
7. Orang Melayu mudah memungkiri janji
8. Orang Melayu tidak segan untuk mengambil barangan atau duit yang bukan milik kita
9. Orang Melayu berat membayar balik hutang
“Walau apapun alasan yang diberi, hakikatnya kita tidak bayar hutang. Bagi kita ini perkara
kecil. Tetapi bagi bangsa kita, ia memburukkan kepercayaan kepada kita. Orang tidak suka
bagi pinjaman kepada kita. Bank tidak sanggup memberi hutang kepada orang Melayu
kerana percaya mereka tidak akan bayar. Maka bermasalahlah peniaga Melayu, sukar untuk
meminjam modal. Maka marahlah kita kepada bank. Janganlah aniaya kita kerana orang lain
yang lokek. Tetapi kita sudah terkenal sebagai bangsa yang lokek. Maka terpalitlah juga kita
kerana bangsa kita tidak dipercayai” – Tun Dr Mahathir Mohamad
BERPERASAAN MALU
10. Orang Melayu tidak ada rasa malu kalau tidak bayar hutang
11. Orang Melayu tidak ada rasa malu dan tidak peduli sekiranya dianggap tidak beramanah
12. Orang Melayu tidak ada rasa malu sekiranya gagal menjayakan tugas
13. Orang Melayu tidak peduli kualiti sesuatu produk dihasilkan
“Budaya, nilai hidup, sifat yang baik dikatakan baik kerana ia baik bagi kita. Kita akan berjaya
jika kita miliki dan amal nilai-nilai yang baik. Terdapat banyak nilai hidup yang baik. Tetapi
saya sebut disini hanya tiga sahaja. Iaitu rajin, beramanah dan berperasaan malu. Dengan
tiga ini sahaja pun kita boleh berjaya, kita boleh bersaing dengan orang lain dan menang
dalam persaingan kita. Cubalah.” – Tun Dr Mahathir Mohamad
sumber: Astro Awani