Salam.my – Hidayah itu milik Allah. Keinginan gadis cina bernama Liz dari Kuching memeluk Islam buat ramai umat Islam terharu.
Video yang dikongsi di Facebook page Ebit Lew ini telah mendapat 330 ribu likes dan 15 ribu komen apabila seorang gadis cina non muslim yang hadir ke Program Keluarga Sunnah anjuran Ustaz Ebit Lew itu ingin memeluk Islam
Video berdurasi 3 minit 29 saat itu merakamkan detik-detik gadis bernama Liz itu mengucap 2 kalimah syahadah.
Caption video tersebut:
Sebak semalam keluarga sunnah ada seorang wanita chinese tiba-tiba ingin ucap syahadah memeluk Islam. Saya cerita Islam padanya. Syukur adik chinese ni dapat ucap syahadah. Semoga Allah terima jadi asbab hidayah. Sebak menangis rasa setiap kali ada bukan Islam hadir dan ingin memeluk Islam. Semoga Allah beri kekuatan padanya. Hari tangisan. Terima kaseh semua yang hadir. Semoga jadi asbab kebaikan hidayah.
kredit video Ustaz Ebit Lew
Gadis tersebut kemudian dimaklumkan yang selepas mengucap 2 kalimah shahadah beliau kini tidak berdosa dan disayangi Allah swt. Kemudian peserta-peserta lain meraikan beliau dengan penuh rasa terharu dan sebak.
Allahuakbar! Satu lagi inspirasi buat kita umat Islam untuk terus menyebarkan kebaikan agama Islam.
Semoga Liz dipermudahkan urusan dan semoga keluarganya juga mendapat hidayah untuk memeluk Islam, amin.