, , ,

Seorang Lelaki Temui GPS Pada Helang Ini, Ini Rekod Perjalanan Helang Itu, Subhanallah

Tak sangka, jauh benar perjalanan seekor burung helang dalam setahun

Salam.my – Tak sangka, jauh benar perjalanan seekor burung helang dalam setahun. Helang merupakan burung, makhluk ciptaan Tuhan yang sangat hebat bukan sahaja disebabkan oleh rupanya tetapi juga kepintaran serta kemahiran burung helang dalam melakukan aktiviti pemburuan. Tidak hairanlah mengapa burung helang seringkali dijadikan sebagai maskot mahupun simbol kepada sesebuah negara.

Baru-baru ini tular satu insiden yang mengagumkan mengenai perjalanan seekor helang sekali gus mencetuskan banyak persoalan dan perbincangan dari kalangan netizen.

Seorang pemuda bernama Fahd Qash dari daerah Jizan, Arab Saudi telah menemui badan seekor helang sewaktu sedang bersiar-siar. Lebih mengejutkan lagi, setelah diperiksa dengan teliti, Fahd telah menemui sebuah peranti GPS bersama-sama dengen email pemiliknya pada badan helang itu.

Rupa-rupanya, difahamkan sekumpulan saintis telah melakukan kajian mengenai lokasi penghijrahan helang dan helang itu merupakan salah satu daripada 20 ekor helang lain yang dijadikan sebagai bahan ujikaji mereka. Peranti GPS berkenaan berjaya merekodkan semua lokasi perjalanan yang pernah dilalui oleh helang berkenaan.

Dilaporkan bahawa dalam tempoh setahun, kesemua helang terbabit pernah terbang dan singgah ke banyak negara namun tidak pernah pergi ke laut. Meskipun telah singgah ke banyak negara sekitar Timur Tengah, para saintis masih lagi tidak faham mengapa helang-helang ini mengelakkan diri mereka daripada terbang ke kawasan perairan seperti Laut Caspian dan Laut Merah.

Sekumpulan penyelidik yang menggelarkan diri mereka sebagai British Birds pernah menjejaki sebanyak 16 helang spesies Steppe dan mendapati bahawa jarak penerbangan harian yang paling panjang pernah dicatatkan oleh helang-helang berkenaan adalah sebanyak 355 km!

Berdasarkan kitaran tahunan, dilaporkan seekor helang akan menghabiskan sekitar 31.5% di kawasan salji, 41.9% di kawasan pembiakan dan selebihnya iaitu sebanyak 26.6% untuk bermigrasi.

Statistik ini bersama-sama dengan peta tersebut membuktikan bahawa helang merupakan haiwan yang sering berpindah dan menjelajah ke pelbagai tempat.

Subhanallah, nampaknya, helang lebih banyak berjalan berbanding kita sebagai manusia. Seronok kan helang ya?

Sumber: Bored Panda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *