Salam.my – Lelaki ini kongsikan cara untuk setup MyFreeView atau MyTV tanpa decoder. Memang boleh, untuk tv yang ada built-in digital tv.
Berikut post yang dikongsikan oleh Anas Abdullah dalam Facebook beliau:
Ramai tak tahu dalam TV yang diguna sudah ada MyFreeview/MyTV.
Sebelum beli decoder, Check dulu mungkin TV anda ada “Built-in Digital Tv/Mytv/MyFreeview”
Cara-caranya seperti dalam gambar dibawah 👇👇
Untuk Led TV SHARP:
1. Tekan button “INPUT”
2. Jika ada input “DTV” maksudnya Tv anda sudah built-in Mytv/Digital Tv
Untuk Led Tv “LG”
1- Tekan button “SETTING” seperti yang dibulatkan
2- Pilih “PROGRAM” & “MANUAL TUNING”
3- Tekan button ke kiri/kanan, jika ada “DTV” maksudnya Tv anda sudah built-in Mytv/Digital Tv
Beliau juga kongsikan tips tersebut melalui Youtube:
Boleh follow channel YouTube saya untuk video setting MyTV…👍👍
Sekarang mungkin masih belum sempurna, baru belajar buat video😅😅
Semoga bermanfaat