Salam.my – Ramai yang tidak tahu betapa islam memberikan ketenangan dan kebahagiaan. Walaupun zahirnya nampak seperti susah, hakikatnya Islam itu mudah!
Kisah penghijrahan seorang wanita bernama Amira Lee ini cukup syahdu. Sebenarnya bukan mudah apabila seseorang itu memeluk agama islam. Banyak ujian dan dugaan perlu ditempuhi
Islam itu sangat indah. Disebabkan perasaan ingin tahu terlalu menebal di dalam diri Amira Lee, beliau sanggup menghadiri kursus untuk memahami sebagai persediaan untuk menjadi seorang muslim. Beliau sering mengajukan soalan untuk mendapatkan lebih kepastian. Setiap persoalannya mempunyai jawpan dan ini meyakinkan dirinya sehingga terdetik di hati Amira Lee untuk memeluk islam. Keputusan Amira ternyata membawa perubahan dalam keluarganya.
Penghijrahan dirinya ke dalam agama Islam membuatkan ibunya Chong Moi, 64, memangis. Inilah pertama kali Amira membuatkan ibunya menangis. Manakan tidak, seorang ibu yang bersusah payah membesarkan anaknya, tiba-tiba nak itu berhijrah ke agama lain dan beliau mengaggap akan kehilangan anaknya.
“Saya memang anak mak yang tak pernah buat mak menangis. Itu kali pertama saya buat dia menangis. Sebab dia sedih kerana seolah-olah saya lain. Tapi saya cakap dengan mak Islam bukan begitu. Tetapi masa itu saya tak cukup ilmu dan kekuatan untuk menerangkan pada ibu, tetapi ibu sangat memahami”.
Amira mengambil keputusan untuk memeluk agama islam pada tahun 2009. Pada mulanya keluarga beliau tidak dapat menerima kenyataan kerana mereka telah hidup bersama selama 22 tahun sebagai satu keluarga. Mereka takut kehilangan Amira. Mungkin mereka beranggapan setelah memeluk agam islam, Amira tidak akan bersama mereka lagi. Tekaan mereka tidak tepat dan Amira membuktkan penghijrahannya kepada agama islam membuatkan mereka lebih rapat. Sehingga kini beliau masih tinggal bersama ibunya yang berlainan agama.
Amira memberitahu, memang ada perubahan selepas memeluk islam. Beliau memakai pakaian yang menutup aurat. Walaupun rasa sukar pada mulanya, beliau tetap mahu melakukan.
Keluarga beliau juga merasa ada kelainan dan tidak berapa gembira kerana Amira tidak menggunakan alatan memasak yang sama dan tidak makan makanan yang menggunakan alatan masak keluarganya. Beliau bagaimanapun tidak sampai hati hendak memberitahu mereka.
“Mak cakap kenapa tak makan sebab ayam bukan haram. Lepas tiga bulan barulah saya beritahu emak kenapa saya tidak makan bersama. Saya bagi tahu saya tidak boleh makan menggunakan kuali yang sama dan ayam perlu dibeli yang disembelih terlebih dahulu”.
Amira terharu apabila ibunya membelikan kuali baru untuknya. Hingga kini Amira yang masih tinggal bersama ibunya dan beliau sering mendoakan moga syurganya itu mendapat hidayah Allah kelak.
Diuji Suami Meninggal Dunia
Ujian paling besar yang terpaksa dihadapi oleh Amira apabila suami tersayang, Mohamad Norasyrul Nordin meninggal dunia akibat leukimia pada Disember 2012. Pada harijadi Amira, dia dan suami mendapat berita mengejutkan apabila suaminya disahkan mengidap leukimia. Inilah dugaan paling berat yang terpaksa Amira lalui selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 2010.
Setelah mengetahui suaminya sakit dan perlu menjalani rawatan, Amirah mengambil keputusan berhenti kerja sebagai pramugari. Dia menjaga suaminya di hospital dan sama-sama melawan penyakit yang dideritai suaminya. Amirah yakin Allah lebih menyayangi pada suaminya.
Beliau mengakui bersedih dan ada kalanya turut down dengan apa yang berlaku. Bukan senang untuk berhadapan dengan ujian cukup hebat ini. Jika diberi peluang biarlah dia yang tanggung segala kesakitan suaminya tapi tidak boleh.
Ajal maut ditangan Allah. Suaminya meninggal dunia dua minggu sebelum ulang tahun kelahiran pertama anak perempuan mereka. Amira mengakui bahawa tidak mudah baginya berhadapan dengan situasi berkenaan.
Amira mengakui bahawa Allah uji suaminya dengan sakit semoga Allah ampunkan semua dosa-dosanya. Arwah suaminya mengucap dua kalimah syahadah ketika dijemput oleh Allah. Kata Amirah, kita belum tentu lagi. Apabila melihat orang yang diuji dengan ujian yang dahsyat reda, jadi kenapa pula beliau tidak reda? Amira berkata dia redha dan patut redha.
“Saya ingat pesanan dari arwah. Dia minta saya jadi orang Islam yang baik kerana Allah. Dia cakap kalau kita niat dan buat sesuatu kerana Allah, insya Allah sampai bila-bila kita akan kekalkan niat tersebut dan kita akan buat sesuatu kerana Allah”.
Sebelum ini beliau memang pelik apabila melihat banyak perkara yang berlaku seperti musibah kepada orang Islam tetapi mereka tetap gembira dan cepat menerima hakikat. Ia membuatkan Amira menjadi tertarik untuk mengenali dengan lebih dekat tentang Islam.
Tidak mudah tapi tidak mustahil. Menurut Amira tiada yang mustahil bagi Allah dan sebagai hambanya kita kena sentiasa yakin dan berusaha. Paling utama adalah redha dengan ketentuannya.
Kita doakan semoga Amira kuat menghadapi setiap dugaan yang diberikan. Dan semoga kehidupan Amira bersama anak dan keluarganya lebih baik di masa akan datang.
VIDEO AMIRA BERKONGSI CERITA SUKA DAN DUKA BELIAU
KISAH AMIRA LEE MASUK ISLAM
Ramai yang tidak tahu betapa islam memberikan ketenangan dan kebahagiaan. Walaupun zahirnya nampak seperti susah, hakikatnya Islam itu Mudah!
Allah Sayang ❤
Sumber: Keluarga, Youtube, Facebook