Hangat Mengenai Isu LGBT, Ustaz Ebit Lew Jumpa Terus Mereka. Ada Video. Endingnya Buat Ramai Terharu | Salam.my – Isu LGBT makin hangat dibincangkan sejak akhir-akhir ini. Sehingga ada aktivis gigih memperjuangkan hak golongan LGBT ini secara terbuka bagi menuntut hak sama rata. Sebelum ini, ramai yang menegah dengan menegur golongan ini menerusi laman sosial.
Namun, cara berbeza Ustaz Ebit Lew mendekati golongan ini bagi mendengar sendiri luahan mereka dan berkongsi ilmu dengan harapan ada sinar baru buat mereka.
Menurut Ustaz Ebit Lew, beliau sendiri telah mendekati komuniti Mak Nyah dan memberi nasihat kepada golongan berkenaan secara baik. Ini ujian bagi mereka, golongan begini ingin berubah namun kita sebagai orang biasa perlulah membimbing mereka. Kita buat baik untuk Allah sayang.
Video dalam sebuah sesi dengan Mak Nyah
Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupakan Dia, Dia tetap ingat pada kita.
Bergenang air mata dengar mereka
Maknyah.. malam tadi dapat jumpa ramai maknyah..mereka semua baik dengar nasihat. Masa mula cerita pasal mak.ayah masing-masing sebak. Jika duduk dekat situ nampak mata mereka semua bergenang walau berbual santai. Kita semua sama-sama dahagakan kebaikan dan dekat diri pada Allah.
Saya percaya kebesaran Allah itu ubat bagi segala hati..Doakan saya yang belum tahu nasib akhir saya nanti..Doakan nanti teringin nak bawa mereka semua 3hari belajar santai iman amal dan muhasabah diri. Pohon doa semua yer..semoga jadi asbab kebaikan dan hidayah-ebitlew
Rata-rata pengikut di laman sosial memuji usaha yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew. Cara dakwah yang lemah lembut dan menyantuni golongan ini, harus dipuji.
sumber: FB Ustaz Ebit Lew