, , , , , , ,

Anak Cina Yang Diasuh Oleh Keluarga Melayu, Kenali Siapa Dr Noor Hisham Abdullah

Patutlah dapat sertai saintis dunia perangi Covid-19. Dr Noor Hisham bukan calang-calang

Salam.my – Wabak Coronavirus COVID-19 dilihatkan seolah-olah tidak menunjukkan tanda berhenti menjangkiti manusia di seluruh dunia.

Sehingga April 2020, lebih 1 juta kes dilaporkan. Malaysia juga merupakan antara negara yang paling terkesan.

Dan dalam kekacauan yang sangat membimbangkan ini, terdapat satu watak yang sentiasa kelihatan tenang mengawal situasi dengan sebaik-baiknya.

Beliau yang dimaksudkan ialah Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr. Noor Hisham bin Abdullah.

Di kala kakitangan kesihatan Malaysia bergelut dengan wabak ini, Dr. Noor Hisham menjadi pendukung mereka yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah.

Beliau bukan sahaja berada terlibat secara langsung menangani masalah ini tetapi juga bertanggungjawab dalam sidang media hampir setiap hari.

Segala penerangan dan jawapan yang diberikan disusun dengan teratur dan berhemah, membuatkan semua lapisan masyarakat memahaminya.

Tanpa jasa dan pengorbanan Dr. Noor Hisham, kita mungkin sukar untuk memerangi wabak ini.

Siapa Sebenarnya Dr. Noor Hisham Abdullah?

Rupanya Ketua Pengarah Kesihatan adalah seorang Cina Muslim. Anak miskin Cina yang diasuh oleh keluarga Melayu.

Tidak sia2 asuhan ustaz Nik Mahyuddin.

Sedikit latar belakang ringkas

Dr Noor Hisham Abdullah

Datuk Dr Hisham ini adalah anak angkat Ustaz Nik Mahyuddin dan juga menantunya. Arwah Ustaz Nik Mahyuddin ni bekas Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pendidikan dan rasanya pernah jadi Pengetua KIK.

Dia berkahwin dengan anak bongsu Ustaz Nik Mahyuddin, Nik Wahidah.

Ustaz mengambil Dr. Noor Hisham dari keluarga miskin Cina dari Flat San Peng, Jalan Loke Yew semasa beliau di tingkatan satu kemudian dimasukkan ke kik semasa form 4

KIK class of 80 dan masuk Matric UKM kat SAS Cheras. First Degree & Master from UKM

By the way, for everyone’s information. The 2 main doctors who are dealing with the COVID pandemic are

1. Dato Dr Nor Hisham Abdullah, Ketua
Pengarah Kesihatan

2. Dato Dr Christopher Lee, Head of
Infectious Disease, KKM

Kedua dua mereka beragama Islam & berbangsa Cina

In medicine, we are colour blind

Banyak jasa bangsa Cina terhadap negara Malaysia

Ramai yang tak tahu KP KKM itu adalah seorang Cina Muslim

Sangat menjaga solat walau di tempat sukar, saya pernah bermusafir dengan beliau 10 hari ke Jepun atas tugas rasmi.

Patut la berbudaya kerja cemerlang…. Seorang revert yang hebat….. Humble man from humble beginnings

Dr Noor Hisham Sertai Saintis Dunia Perangi Covid-19

Dalam perkembangan terkini KETUA Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyertai gabungan saintis dunia dalam usaha mereka bertindak menentang pandemik Covid-19 di kawasan yang kekurangan sumber.

Drugs for Neglected Diseases Initiative (DNDi) dalam satu kenyataan semalam berkata, Dr Noor Hisham adalah seorang daripada 74 penandatangan untuk Gabungan Penyelidikan Klinikal Covid-19 bertujuan mempercepat penyelidikan Covid-19 yang sangat diperlukan di kawasan itu.

Selain saintis, gabungan itu juga terdiri daripada ahli fizik, penyumbang dana dan penggubal dasar daripada lebih 70 institusi dari lebih 30 negara, dengan komitmen sepenuhnya untuk mencari penyelesaian Covid-19 untuk kawasan kekurangan sumber di mana virus itu boleh melumpuhkan sistem kesihatan yang sudah rapuh dan menyebabkan kesan kesihatan yang paling besar kepada penduduk yang terdedah.

Antara penandatangan utama lain ialah Profesor Universiti Kolokotrones dari Kesihatan Dunia dan Perubatan Sosial di Universiti Perubatan Harvard, Amerika Syarikat, Paul Farmer; Ketua Pengarah Institut Pasteur, Perancis, Stewart Cole dan Saintis Kanan di University of Oxford, Philippe J Guerin.

Dalam ulasan yang disiarkan dalam jurnal antarabangsa – The Lancet, semalam, berkata ahli gabungan menyuarakan pandangan bahawa kerjasama penyelidikan dan koordinasi antarabangsa diperlukan segera untuk menyokong Afrika, Amerika Latin, Eropah Timur dan beberapa negara Asia sebagai tindak balas segera terhadap wabak yang semakin buruk dan mempercepat penyelidikan yang disesuaikan dengan keadaan sumber yang terhad, menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan walaupun kajian bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dinamakan Solidarity Trial sudah dilancarkan, penulis jurnal itu mendapati bahawa daripada hampir 600 percubaan klinikal Covid-19 yang didaftarkan, percubaan yang dirancang dalam keadaan kekurangan sumber adalah terlalu sedikit.

Oleh itu, penulis berkenaan mahu berkongsi kepakaran teknikal dan keupayaan percubaan klinikal untuk mempercepat penyelidikan Covid-19 dalam keadaan itu, menurut kenyataan berkenaan.

DNDi berkata, gabungan itu akan mempermudah pendekatan koordinasi supaya semua data dari semua wilayah dapat dikumpulkan dalam cara yang sama, dianggarkan dan dikongsi dalam masa nyata yang akan membantu negara dan WHO untuk membuat keputusan berasaskan bukti yang jelas mengenai dasar dan amalan.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa Ketua Saintis WHO, Dr Soumya Swaminathan juga memuji inisiatif gabungan itu yang akan membantu WHO melaksanakan peranan penyelarasan dalam tindak balas dunia terhadap Covid-19.

“Kami mengalu-alukan pelancaran gabungan ini yang menggunakan kesempatan daripada kepakaran multinasional dan multidisiplin yang sedia ada dalam menjalankan ujian klinikal dalam keadaan kekurangan sumber.

“Walaupun pusat penvlaran ini hari ini di tempat lain, kita mesti bersedia daripada sekarang untuk menghadapi kesan pandemik ini dalam keadaan lebih banyak sumber terkawal atau kita akan kehilangan banyak nyawa,” katanya dipetik oleh kenyataan itu.

Dilahirkan di Sepang, Selangor pada tahun 21 April 1963, Dr Noor Hisham Abdullah mempunyai ijazah Sarjana dalam Pembedahan dan ijazah Kedoktoran Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai perubatan semula pada Ogos 1988.

Dr Noor Hisham kemudiannya menjadi pakar dalam pembedahan endokrin dan melakukan latihannya di pelbagai universiti di Adelaide dan Sydney Australia.

Beliau merupakan Pakar Bedah Umum pada 1994 dan juga Pegawai Perubatan Pakar Bedah Umum Hospital Putrajaya pada tahun 2004.

Selain itu, Dr. Noor Hisham juga memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) sejak 1 Februari 2008 dan merupakan Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya serta Pakar Perunding Bedah Kanan Hospital Putrajaya pada tahun 2007.

Pada 1 Mac 2013, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan bagi menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.

Beliau menyumbangkan banyak buah fikiran dalam jurnal tempatan dan antarabangsa dan menulis banyak bab buku teks tentang pemb3dahan endokrin.

Kepakarannya adalah dalam kanser endokrin payvdara dan telah memberikan kepemimpinan dalam pelbagai pembelajaran serta program jangkauan kesihatan yang inovatif di seluruh Malaysia.

Pada Ogos 2017, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Jawatankuasa Eksekutif Komuniti Pakar Bedah Antarabangsa (ISS) untuk lima tahun iaitu dari tahun 2017 hingga 2019 dan tahun 2019 hingga 2021.

Beliau juga merupakan Presiden Majlis Perubatan Malaysia.

Pada 2020, beliau dan Menteri Kesihatan Dato’ Seri Dr. Adham Baba bertanggungjawab dalam menangani wabak COVID-19 yang menular di Malaysia.

Anugerah lain
1. Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2000 – Hospital Kuala Lumpur (HKL)

2. Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004 -Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL)

Kelulusan
pencapaian datuk dr noor hisham abdullah

1. Medical Doctor M.D (UKM) – 1988

2. Master of Surgery M.S (UKM) – 1994

3. Royal Australasian College Of Surgeons Fellowship Training in Breast Endocrine Surgery – 1997

4. Academy of Medicine Malaysia (A.M.) – 1998
5. Fellow Academy of Medicine Malaysia (F.A.M.M) – 2004

7. Advanced Management Program, Oxford Business School, UK – 2008

Lantikan Khas

1. Royal Australasian College of Surgeons foundation visitor in Hong Kong – 2008

2. Tetamu khas Sri Lanka College of Surgeon di Colombo – 2010

3. British J Surgery Lecture (Birmingham) 2010

4. 23rd Japanese Association of Endocrine Surgeons Lecture, Tokyo, Japan – 2011

5. Indian College of Surgeons S Vittal Oration, Kodaikanal, India 2011

6. 13th Congress of Asian Association of Endocrine Surgeon Plenary Lecture, Singapore 2012

7. Royal Australasian College of Surgeons International Visitor, Kuala Lumpur – 2012

8. General Surgeons of Australia International Guest, Hobart, Tasmania 2012

9. Fellow of the Royal College of Physicians London, UK 2012

10. Goatcher Surgeon in Residence 2013, Royal Perth Hospital 2013

Kredit : Alumni KIK – Batch my mom, iluminasi.com

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *