, , , ,

Sakit Perut Nak Tumpang Guna Tandas, 3 Orang Pelancong Jerman Ini Akhirnya Dikurniakan Hidayah. Subhanallah.

3 Mat Saleh masuk ke dalam perkarangan masjid untuk tumpang tandas. Apa yang berlaku selepas itu mengejutkan

Sakit Perut Nak Tumpang Guna Tandas, 3 Orang Pelancong Jerman Ini Akhirnya Dikurniakan Hidayah. Subhanallah. | Salam.my – Siapa sangka, hanya kerana nak tumpang pinjam tanddas, hidayah dari Allah datang kepada 3 orang mat saleh ini. Kongsikan kisah ini.

Alkisah dipetang hari ketika jemaah2 jaulah dibentuk untuk dihantar keluar ziarah rumah ke rumah di sekitar perkampungan Pulau Perhentian, 3 orang mat saleh dari Jerman masuk ke dalam perkarangan masjid untuk tumpang guna tandas. Tanpa melepaskan peluang yang ada, salah seorg sahabat kami, Zali sado terus mendekati dan ikram diorang, ajak bersembang, dan belanja diorang minum dan makan keropok lekor.

Daripada perbualan ringan mengenai makan minum hinggalah kepada persoalan tentang Islam dan mereka menunjukkan minat yang agak dalam terhadap Islam. Bila azan maghrib berkumandang kami terus jemput mereka sama2 masuk masjid untuk lihat2 aktiviti orang Islam dan mungkin ia akan menjadi pengalaman baru yang unik buat mereka.

Alhamdulillah setelah hadiahkan dan ajarkan mereka pakai kain pelikat, mereka sudi untut masuk masjid dan dengar bayan dari Maulana Helmi sampai masuk waktu isya’. Memandangkan mereka dah dijemput Allah swt masuk ke dalam masjid sebagai tetamuNya yang terhormat, kami terus pelawa mereka ambil wudhu’ dan sama2 ikut kami solat Isya’ berjemaah. Alhamdulillah mereka semua setuju dan akhirnya saya memimpin mereka berwudhu’ dan sama2 mengucap kalimah syahadah.

Selesai sahaja solat isya’ berjemaah kami ajak mereka sama2 makan dalam talam sambil jelaskan kepada mereka konsep ketuhanan dalam Islam dan dari respond mereka, seolah mereka menerima Allah swt sebagai the One and Only God & Muhammad Peace be Upon Him is His Messenger. Namun mereka masih belum bersedia untuk declare diri mereka sebagai Muslim atas sebab2 tertentu namun kami hanya mampu meletakkan harapan yang tinggi mudah-mudahan Allah swt menerima Syahadah yang telah mereka lafazkan. Mereka begitu seronok dgn pengalaman baru mereka dan pulang ke Long Beach dengan kain pelikat baru mereka sambil tersenyum gembira. Semoga mereka sentiasa dalam bimbingan Allah swt.

Dengan asbab nak lepaskan hajat dalam tandas masjid, 3 orang pelancong germany ini akhirnya dihadiahkan Allah swt dengan perkara yang paling mahal dari khazanahNya yakni Hidayah. Inilah yang berlaku apabila setiap umat Islam melihat setiap manusia lain yang belum beriman melalui kaca mata Baginda Rasulullah saw. Yakni bagaimana setiap daripada umat Manusia dapat mengenal Allah swt dengan selayaknya, mencintai dan mencontohi kehidupan Nabi saw dan akhirnya mati dalam keredhaan Allah swt.

sumber: Mukmin Solution

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *